• Exora Memang Mudah Terbakar, Fakta atau Auta?

    Semenjak kereta Exora kepunyaan abang Mek ila terbakar pada 17 Februari yang lalu, banyak juga desas-desus yang timbul bahawa kes kebakaran Exora bukanlah sesuatu yang baru malah pernah terjadi beberapa kali sebelum ini namun ianya tidak menjadi viral seperti kes abang mek ila ini. Bagi mengkaji kesahihan perkara ini, Mek ila mula membuat carian di Internet. Hasilnya Mek ila menemui beberapa kes kebakaran yang melibatkan Exora seperti di bawah. Kes terawal dicatatkan pada tahun 2011 manakala kes terbaru adalah pada 15 Februari 2014, hanya kira-kira setahun sebelum kereta abang Mek ila terbakar. Ada yang terbakar ketika enjin dihidupkan dan ada juga yang terbakar dalam keadaan kereta sedang di ‘parking’.

    Proton Exora Terbakar 1

    Proton Exora Terbakar di Hospital Selayang

     

    proton exora terbakar 2

    Proton Exora Hampir Terbakar Pada Hari Pertama Dibeli

    Proton Exora Terbakar 3

    Proton Exora Terbakar Ketika Enjin Dihidupkan Dalam Keadaan Tidak Bergerak

     

    Proton Exora Terbakar 4 Low Yat Forum

    Kisah Exora Terbakar Yang Dikongsi Dalam Forum Low Yat

     

    Proton Exora Terbakar 5

    Proton Exora Yang Baru Dibeli 3 Bulan Terbakar Dalam Keadaan Enjin Dimatikan di Parkir Rumah

    Sebenarnya bukan niat Mek ila untuk mengeruhkan keadaan.  Mek ila sendiri merasa gusar kerana Mek ila sendiri menggunakan Exora sebagai kenderaan keluarga. Itulah kenderaan mampu milik yang selesa dan disukai oleh anak-anak. Malah bagi pemilik Exora lain, mereka juga pastinya terasa sedikit goyah dengan keadaan ini. Ini kerana ianya melibatkan nyawa insan-insan tersayang mereka dan kes ini tidak boleh dipandang ringan walaupun peratusan kereta yang terbakar adalah sangat sedikit dengan jumlah kereta Exora yang berada di jalan raya. Apatahlagi setakat ini belum terdengar lagi sebarang  kenyataan umum berkaitan penyebab utama kebakaran-kebakaran yang pernah berlaku sebelum ini. Mohon pembaca lain kongsikan andai ada sebarang kenyataan telah dibuat oleh Proton berkaitan perkara ini.

    Sedikit Update Tentang Kes Kebakaran Kereta Abang Mek Ila

    Update: Punca kebakaran bukan berpunca daripada tangki minyak penuh atau tangki minyak bocor seperti yang diviralkan. Ianya cuma salah faham atau dengan kata lain info tidak tepat yang disampaikan dari mulut ke mulut dan kemudian disebarkan di laman sosial. Untuk makluman juga, sepanjang 11 bulan kereta Exora tersebut digunakan ianya tidak mengalami sebarang masalah dan diservis mengikut jadual di pusat servis proton bertauliah. Kereta ini juga tidak pernah dimodified, hanya pernah ditukar sport rim & dipasang tinted sahaja. Walaupun pihak bomba (forensik) ada menyatakan kemungkinan ianya disebabkan oleh masalah pendawaian, namun sama-samalah kita menunggu hasil siasatan yang akan dikeluarkan nanti. Mek ila juga percaya pihak Proton juga pastinya akan melakukan yang terbaik dan tidak akan berkrompomi dengan mana-mana isu keselamatan kereta nasional ini. p/s: InsyaAllah sebarang maklumat terkini berkaitan kebakaran kereta ini akan mek ila update lagi untuk makluman semua.

    Salam sayang dan jumpa lagi;

    Mek ila Kredit Gambar

    1. Astro Awani Online
    2.Aduan Rakyat Online
    3.Sungai Rapat Online
    4.Low Yat Forum
    5.Warga OmaQ.org

    (Visited 1,016 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags:

    8 thoughts on “Exora Memang Mudah Terbakar, Fakta atau Auta?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge