• Bila Kisah Kebakaran Kereta Di Depan Mata

    Baru je bulan lepas Mek ila dengar ceramah tentang kebakaran yang sering berlaku di dalam rumah dan juga di dalam kenderaan. Memang ngeri bila melihat satu video kebakaran di dalam kereta di mana satu keluarga terperangkap di dalam kereta dan tidak dapat diselamatkan. Orang awam yang berada di luar kereta hanya dapat melihat tanpa berbuat apa-apa. Hanya terdengar jeritan mangsa meminta tolong di dalam kereta dan jeritan itu kian hilang apabila mereka terbakar. Memang sayu hati ini sampai Mek ila mengalirkan air mata.

    Tanpa disangka-sangka hari ini kebakaran kereta tersebut melibatkan ahli keluarga Mek ila sendiri. Memang ianya sesuatu yang tidak dijangka sampai Mek ila rasa menggigil juga. Cuma Alhamdulillah dan syukur sangat-sangat apabila ahli keluarga Mek ila dapat menyelamatkan diri sejurus kebakaran bermula. Kebakaran ini berlaku di laluan keluar Jabor menuju ke Kuala Terengganu pada jam 10.00 pagi ini Kebakaran mula disedari pemandu apabila merasakan kereta agak berat dan ternampak percikan api dari bawah. Punca kebakaran masih disiasat.

    c3

    c5

    c4

    Buat abang sekeluarga, Mek ila ucapkan takziah dan moga tabah dengan ujian ini. Dan buat semua pembaca, berhati-hati di jalan raya terutamanya pada cuti Tahun Baru Cina ini. Mudah-mudahan perjalanan kita semua selamat dan sampai ke destinasi.

    Update 1
    Gambar Kereta abang Mek ila selepas kebakaran berlaku.

    old car

    Update 2– Post Viral di Facebook berkenaan punca kebakaran.
    Terdapat juga pos facebook yang menjadi viral di Internet sekarang berkenaan punca kebakaran yang disebabkan oleh full tank dan sebagainya. Untuk makluman, info tersebut bukanlah punca sebenar tetapi masih disiasat oleh pihak yang terlibat. Mek ila harap janganlah di viralkan kisah yang tidak sahih ini ye.

    Salam sayang dan jumpa lagi

    Mek ila

    (Visited 200 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags:

    2 thoughts on “Bila Kisah Kebakaran Kereta Di Depan Mata

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge