• Kembali Bekerja Selepas Berpantang – Berapa Banyak Stok Susu Nak Disediakan?

    Meneruskan penyusuan ketika kembali bekerja akan menjadi mudah sekiranya ibu-ibu telah membuat persediaan awal. Bermula di dalam tempoh berpantang lagi, ibu sepatutnya telah mula membuat stok simpanan perahan susu ibu. Kadangkala akan timbul juga persoalan, berapa banyakkah stok perahan yang perlu saya simpan? 20 botol? 50 botol? 100 botol @ lebih?

    stock susu

     

    Menyusukan Bayi Banyak Membantu Dalam Membina Ikatan Kasih Sayang Bayi Kepada Ibu

    Menyusukan Bayi Banyak Membantu Dalam Membina Ikatan Kasih Sayang Bayi Kepada Ibu

    Jika ditanya pada kaunselor laktasi, mereka akan menjawab lebih banyak stok adalah lebih bagus. Pendapat ini sememangnya benar. Walaubagaimanapun bagi mengelakkan pembaziran susu (susu tamat tempoh) & bagi merancang kewangan bagi perbelanjaan menguruskan stok simpanan susu, dua (2) faktor berikut juga boleh diambil kira iaitu:-

    Keadaan Persekitaran /Bebanan Tugas Kerja.
    Adakah pekerjaan ibu memerlukan ibu untuk selalu out-station? Adakah situasi kerja ibu memang sangat sibuk seperti selalu terlibat dalam mesyuarat & biasanya tidak boleh keluar/sempat untuk sesi mengepam di luar pada waktu rehat? Adakah beban tugas kerja ibu sangat pack/mencabar & boleh mendatangkan tekanan yang tinggi?

    Tempat simpanan susu.
    Adakah ibu mempunyai peruntukan untuk membeli deep freezer@ dapat menyewa nya @ telah memilikinya?

    Sekiranya kedua-dua jawapan untuk soalan tersebut ialah Ya, Mek ila cadangkan agar ibu-ibu untuk menyimpan stok seberapa banyak yang boleh.  Ini kerana sekiranya kita tidak mampu untuk mengepam secara sistematik, tidak boleh keluar untuk mengepam ketika bekerja dan sebagainya,  penghasilan susu  badan boleh berkurangan akibat demand yang tidak seimbang tadi.  Oleh yang demikian  ‘backup’ stok amat diperlukan bagi memastikan bekalan susu kepada anak ada dan tersedia pada bila-bila masa yang diperlukan. Jika tidak ibu akan mula resah bila supply berkurangan dan dalam masa yang sama stock susu pula tiada.

    Semasa Arif dulu mek ila mempunyai stock simpanan susu lebih daripada 200 botol 5oz setiap satu ketika kembali bekerja. Namun sebenarnya ianya boleh dianggap berlebihan apabila supply harian telah melebihi demand yang diperlukan. Maklumlah kali pertama menjadi ibu,  jadi tiada pengalaman yang luas tentang perkara ini. Untuk Akmal pula, Mek ila lebih steady dan tidaklah membuat stok sebanyak Arif. Lebih mengharukan, Akmal langsung tidak mahu minum susu EBM sebaliknya hanya minum stok susu yang belum dibekukan setiap hari  🙂

    Kenangan Stok Susu Arif

    Kenangan Stok Susu Arif

    Menyimpan susu di dalam deep freezer pula mampu memanjangkan tempoh hayat susu daripada 3 bulan (freezer biasa) kepada 6 bulan. Selain itu deep freezer bersaiz biasa pula mampu menyimpan lebih daripada 150 buah botol stok susu berbanding hanya 30-40 botol di dalam freezer biasa. Itu belum lagi dikira dengan stok ikan @ ayam di dalam freezer yang mungkin akan mengurangkan lagi jumlah botol yang boleh disimpan di dalam freezer.

    Deep Freezer jenis Upright ini amat sesuai digunakan untuk menyimpan stock susu

    Deep Freezer jenis Upright ini amat sesuai digunakan untuk menyimpan stock susu

    Penggunaan milk storage yang betul juga amat penting bagi memastikan susu yang disimpan di dalam deep freezer untuk tempoh yang lama kekal & terpelihara kualitinya. Penggunaan bekas dadih di dalam deep freezer mungkin kurang sesuai kerana bekas dadih boleh retak/serpih & bau susu yang disimpan adalah berbeza berbanding dengan susu yang dimpan di dalam botol simpanan.

    Sebelum berpisah Mek ila kongsikan lagi article tentang Kebaikan Susu Ibu.

    Penyusuan susu ibu

    Penyusuan Susu Ibu Hadiah Terindah Untuk Bayi Kita

     

    Jom baca tentang banyak lagi info penyusuan di sini

    Salam Sayang & Jumpa Lagi!

    (Visited 359 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: ,

    4 thoughts on “Kembali Bekerja Selepas Berpantang – Berapa Banyak Stok Susu Nak Disediakan?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge