• Meraikan Birthday Anak Setiap Tahun. Wajib atau Tidak?

    Kisah ini berlaku kira-kira 25 tahun yang lalu ketika Mek ila berborak dengan kakak sepupu yang mengajak Mek ila datang  ke rumahnya. Katanya ibu beliau membuat sebiji kek coklat sempena hari lahirnya. Mek ila yang terasa pelik bertanya pula “ Kita sambut hari lahir sejak umur berapa ye kak? Sebab tak pernah sambut pun lagi”. Jawab kakak   sepupu ” Rasa sejak kecik lagi, akak pun tak tahu sejak umur berapa”.

    happy birthday

    Sebenarnya amalan menyambut tarikh lahir tidak pernah dipraktiskan dalam keluarga Mek ila. Maklumlah pada masa dulu-dulu amalan sambut birthday ini bukanlah menjadi suatu kebiasaan. Berbanding pada masa sekarang, sambutan birthday terutamanya birthday anak-anak sering  dibuat sama ada secara sederhana atau secara besar-besaran. Soalnya perlukah sambutan birthday anak ini dibuat? Dan jika perlu, bagaimanakah cara yang terbaik agar ianya boleh dilakukan secara bersederhana dan tidak sampai membazir?

    Menurut pandangan seorang Ustaz yang Mek ila dengar baru-baru ini, beliau menyatakan:-

    ‘Tidak salah sekiranya ibu bapa ingin meraikan birthday anak, birthday ibu bapa atau ulangtahun perkahwinan mereka’. Ianya salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang dan mengeratkan ikatan kekeluargaan dan juga persaudaraan. Namun, ianya harus bersandarkan kepada batas agama yang telah ditetapkan seperti tidak melakukan pembaziran, tidak melibatkan percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tidak dibuat di tempat yang tidak sepatutnya, tidak menghidangkan makanan yang dilarang, dan sebagainya.

    Sambut Ikut Kemampuan

    Paling penting jika ingin menyambutnya, buatlah ikut kemampuan. Paling basic kita boleh menyambutnya dengan ahli keluarga di rumah sahaja seperti dimulakan dengan bacaan doa selamat dan seterusnya makan tengahari @ malam bersama. Sambutan birthday boleh juga diserikan dengan sebiji kek yang comel. Kek sebenarnya bukanlah elemen yang penting, namun kek amat sinonim dengan sambutan birthday. Di kek juga boleh ditulis dengan nama anak dan umurnya. Jadi gambar-gambar tadi akan menjadi kenangan apabila anak besar nanti.

    bacaan doa

    Kadangkala ada juga ibu-bapa yang ingin membuat sambutan besar-besaran. Jika mampu dan  tidak secara membazir apa salahnya kerana dalam masa yang sama ibu bapa juga ingin berkongsi kegembiraan mereka dengan cara meraikan dan menjamu tetamu yang datang. Maklumlah zaman sekarang ni kalau tiada majlis, memang susah nak menjemput rakan-rakan dan saudara mara datang ke rumah. Namun jangan lupa maklumkan kepada anak, bahawa sambutan Birthday ini bukanlah satu kewajiban kerana bimbang anak-anak akan menuntut majlis yang sama di setiap tahun. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk menjamu fakir miskin dan mereka yang memerlukan. Secara tidak langsung, ianya juga akan mengajar anak erti bersyukur, kasih sayang dan tidak melupakan insan-insan lain yang memerlukan.

    Berdasarkan pengalaman ketika kecil dahulu, Mek ila akhirnya membuat keputusan untuk meraikan birthday anak tapi dengan cara yang simple. Kalau dulu hanya sambut di rumah pengasuh anak, sekarang Mek ila sambut di rumah sahaja bersama-sama ahli keluarga.  Bila arif dah mula sekolah pula, Mek ila menyambutnya di sekolah anak pula. Yang penting anak-anak happy dan mempunyai kenangan birthday mereka.

    Paling tak boleh lupa, Arif sendiri request bermacam-macam design untuk kek birthdaynya. Maklumlah dah besar, bermacam-macam idea yang datang walaupun baru je berumur 4 tahun. Nak Ben10 tapi ada Minion dan Kereta. Memang pening nak memenuhi permintaannya.

    kek arif

    Kek Yang Ditempah Mengikut Idea Arif

    Untuk tahun ini, sempena birthday yang ke 5 Arif awal-awal lagi bagitau beliau nak Boy Boy Boy yang banyak pula. BBB Halilintar, BBB Api, BBB Kuasa 3 dan BBB apa lagi yang Mek ila dah lupa, hihi..

    Mama & Papa semua pun pasti ada kenangan ketika menyambut birthday anak kan? Jom kongsikan 🙂

    Salam sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 1,460 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    Tags: ,

    10 thoughts on “Meraikan Birthday Anak Setiap Tahun. Wajib atau Tidak?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge