• Pelajari Budaya Kaum Lain ~ Seronoknya Arif Beraya Ketika Tahun Baru Cina

    Cuti Tahun Baru Cina yang lepas memang menggembirakan Arif. Selain dapat pulang ke kampung dan berjumpa sepupu-sepupunya yang lain, Arif juga berpeluang untuk berkunjung ke rumah saudara Mek Ila yang berbangsa Cina.

    cny

    Ini juga mengimbau kembali kenangan Mek ila dan adik beradik yang lain semasa kecil dahulu. Ibu Mek ila memang berketurunan Cina. Jadi pada setiap Tahun Baru Cina, kami akan berkunjung ke rumah Atok (atok Mek Ila) dan sepupu Ibu yang kami gelarkan Uncle Kotai. Memang meriah sebab banyak betul makanan yang disediakan terutamanya kacang dan coklat. Memang nakal sangat sebab adakalanya Mek ila dan adik beradik akan ambil coklat dan simpan dalam kocek. Bila ayah Mek ila tahu, memang kena marah dibuatnya!!

    cny1

    Arif dan sepupu yang dah ready nak beraya!

    Kunjungan ke rumah Uncle Kotai kali ini amat bermakna kerana sudah lama sebenarnya kami tidak menziarahi uncle. Bagi Arif pula, kunjungan pertama kali ini bagai merealisasikan hasratnya untuk melihat kemeriahan Tahun Baru Cina seperti yang sering ditontonnya dalam cerita Upin & Ipin.

    Seronoknya dapat ang pow!

    Seronoknya dapat berjumpa + dapat ang pow!

    Sebelum pulang, anak-anak uncle ajak Arif dan semua yang lain bermain bunga api dan mercun. Memang seronok sangat mereka bermain mengalahkan orang yang beraya. Sampai terpaksa suruh uncle simpan bunga api sebab dah banyak sangat yang sepupu-sepupu Arif main.

    Bunga Api & Mercun Amat Sinonim Dengan Sambutan Tahun Baru Cina

    Bunga Api & Mercun Amat Sinonim Dengan Sambutan Tahun Baru Cina

    Moga-moga ikatan kekeluargaan terus terjalin walaupun kami semua berbeza agama dan budaya. Kepelbagaian juga sesuatu yang unik dan itu yang menjadikan Malaysia sangat berbeza!

    Salam Sayang;
    Mek ila

    (Visited 142 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags:

    2 thoughts on “Pelajari Budaya Kaum Lain ~ Seronoknya Arif Beraya Ketika Tahun Baru Cina

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge