• Tips Buat Bubur Nasi dan Puree Bayi Dengan Mudah

    Menjelang umur bayi enam bulan pasti mama mula tercari-cari idea untuk membuat makanan pejal pertama bayi. Mek ila dulu pun begitu. Jadi banyak tempat yang mek ila rujuk seperti pakcik google, kawan-kawan dan juga pakar kanak-kanak. Biasanya persoalan-persoalan yang akan timbul di minda mama adalah seperti berikut:-

    • Apakah makanan pertama yang paling sesuai?
    • Puree nasi atau Puree buah?
    • Berapa banyakkah makanan yang perlu disediakan untuk bayi?
    • Berapa kali bayi akan makan dalam sehari?
    • Bolehkah makanan bayi dibekukan seperti EBM?

     

    Brown-Rice

    InsyaAllah Mek ila akan menulis tentang jawapan – jawapan tersebut dalam entry yang akan datang. Cuma hari ini Mek ila akan ceritakan tentang cara mudah untuk memasak puree nasi tadi.

    Penyediaan Puree Nasi Bayi

    1. Ambil segenggam beras perang. Cuci bersih dan toskan airnya.
    2. Goreng beras tanpa minyak di dalam kuali hingga sedikit garing
    3. Menggunakan blander kering, kisar halus beras tadi hingga menjadi seperti tepung
    4. Simpan di dalam tupperware dan simpan di dalam peti ais


    Untuk memasak

    1. Ambil 1 sudu besar beras kisar tadi dan masukkan ke dalam periuk.
    2. Tambahkan air. Masak hingga kembang anggaran 20 minit.

    Mudah bukan? Lebihan beras kisar yang disimpan dalam peti aias tadi juga boleh digunakan sehingga 2-3 minggu, jadi tidak perlulah mama mengisar pada setiap hari. Masa penyediaan puree juga dapat dijimatkan.

    Gelagat Arif menikmati makanan pertamanya 🙂

    Macam mek ila dulu, masak bubur nasi ini 2 hari sekali. Untuk hari yang kedua tu mek ila simpan di chiller dan panaskan keesoakn harinya. Tapi kalau mama rajin, masak tiap-tiap hari pun lagi bagus kan ?

    Peringatan: Jangan sesekali campurkan garam atau gula ke dalam puree kerana buah pinggang bayi masih belum boleh memproses bahan-bahan ini tau.

    Salam Sayang dan Jumpa Lagi

     

    (Visited 3,597 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Pemakanan Bayi

    Tags:

    2 thoughts on “Tips Buat Bubur Nasi dan Puree Bayi Dengan Mudah

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge