• Tak Bolehkah Pelbagai Krim Bayi Yang Mahal Digabungkan Jadi 1? Kisah Gembira Seorang Ibu Bila Jumpa Krim Bayi Yang Sesuai Untuk Semua Masalah Bayi

    Boleh tak semua krim yang mahal ini dijadikan satu? Begitulah harapan dan impian seorang ibu yang terpaksa membeli pelbagai cream yang mahal untuk kegunaan harian anaknya yang mengalami kulit sensitif.

    magic cream1

    Antara Krim Yang Digunakan Oleh Ibu Ini

    Antara Krim Yang Digunakan Oleh Ibu Ini – Gambar Sekadar Hiasan

    Pada asalnya ibu ini cuma membeli dua cream sahaja iaitu Nappy Cream untuk disapukan di bahagian lampin dan baby lotion untuk digunakan sebagai pelembab.  Tiba-tiba ruam susu keluar pula di pipi baby. Puaslah disapu dengan baby cream yang dipinjam dari kakaknya namun ruam susu ini tidak juga hilang. Bila ke pharmacy, staff memaklumkan untuk pipi ini  kena guna cream khas yang berharga RM45.00. Terkedu si ibu tadi, tapi demi anak, tak mengapalah. Tak sangka cream untuk pipi baby lebih mahal berbanding cream mukanya sendiri.

    ruam pipi bayi

    Ruam Susu Di Pipi Bayi

    Hari demi hari si bayi ini membesar dengan comelnya. Cuma kulit bayi agak sensitif dan mudah gatal apabila si ibu tersilap makan atau disebabkan oleh cuaca yang panas.  Oleh kerana bayi menyusu susu ibu, terpaksalah ibu pantang makan segala makanan yang  berisiko menyebabkan kegatalan pada bayi. Pada ketika ini krim yang lebih spesifik dan  mahal diperlukan untuk merawat masalah kegatalan atau minor ekzema tadi. Kalau jumpa Doktor, memang Doktor akan bagi krim yang mengandungi steroid untuk penyelesaian yang cepat,namum krim ini tidak boleh dipakai untuk tempoh yang lama.

    Jadi ibu pun carilah krim yang lebih natural dan selamat untuk bayi. Jangan tak percaya set krim untuk  anak kulit sensitif/ ekzema ni bernilai lebih daripada RM100 setiap satu. Ianya bukan satu tapi ada 3 yang perlu disapu mengikut step. Apapun Alhamdulillah kerana krim mahal ini searasi dengan kulit anak tadi.

    bayi comel

    Kalau balik kampung dan digigit nyamuk pula, biasanya ibu akan sediakan krim lain pula. Maklumlah tak boleh dibiarkan berpanjangan kerana pernah suatu masa kesan gigitan nyamuk hanya hilang selepas 2 minggu apabila lambat disapu dengan krim. Pendek kata memang ibu tersebut perlu spend banyak duit semata-mata untuk penjagaan kulit bayi. Kerana itu memang rasa bahagia sangat kalau ada satu krim ajaib yang boleh menyelesaikan semua masalah ini.

    Setelah melahirkan anak yang kedua, ibu tadi mula berkenalan dengan Cream Herbal Blend Shaklee.

    Kata kawan-kawan yang dah menggunakan, krim ni memang  bagus sebab boleh atasi banyak masalah kulit sama ada kulit bayi, kanak-kanak atau pun orang dewasa. Jadi ibu tadi pun cubalah, Alhamdulillah memang berkesan. Ruam susu ok, ruam panas ok, malah ruam lampin pun sangat ok. Hanya sapu dan biarkan, InsyaAllah akan hilang dengan sendirinya. Ruam susu biasanya akan lebih mengambil  masa berbanding ruam lampin dan ruam panas yang boleh hilang dalam beberapa jam sahaja.

    Bila krim ni nampak ajaib, ibu tadi pelbagaikan kegunaan pula antaranya untuk menyapu bibir ibu yang kering dan menggelupas. Sebelum ini guna vaseline, tapi vaseline dah hilang pula. Sapu waktu malam, esoknya bibir kering dah kembali seperti biasa. Memang  happy!

    Bila kena gigit nyamuk pun ibu tadi sapu kepada anak-anak dan dirinya sendiri. Memang kesan gatal cepat hilang. Syukur sangat.

    Herbal Blend Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

    Yang terbaru si adik terjatuh sedikit ke lantai kerana mengantuk. Memang benjol sedikit kepalanya. Asalnya nak tuam dengan ais, tapi si adik tidak mahu kerana sejuk. Jadi si ibu terfikir, try guna Herbal Blend lah. Alhamdulillah bila bangun bagi esok, benjol malam tadi telah hilang. Memang happy kan 🙂

    Ibu tadi sebenarnya adalah Mek ila sendiri. Pengalaman menggunakan Herbal Blend secara ‘meluas’ membuatkan Mek ila rasa sangat happy dan bersyukur. Maklumlah Herbal Blend sangat murah, hanya berharga RM27.50 tetapi kualitinya sangat bagus dan boleh digunakan untuk semua keadaan terutama ketika kecemasan. Paling best bila ada satu jerawat yang besar tumbuh di muka Mek ila, mek ila letakkan sedikit agar ianya cepat kecut dan tidak ketara. Bila kulit  terasa kering terutama di bahagian kaki pula, sapu sahaja. Sekejap dah lega. Jangan tidak tahu, herbal blend juga boleh digunakan untuk mengubati luka anak-anak agar cepat sembuh dan tidak meninggalkan parut.

    Paling istimewa Herbal Blend adalah krim semulajadi, selamat dan halal digunakan. Jom baca lebih lanjut tentang Herbal Blend.

    HErbal-2Bblend3

    Antara kegunaan utama Herbal Blend

    Hubungi  Mek ila segera hari ini untuk mendapatkan Cream ini.

    Call/sms: 013-6751381
    Whatsapp: 012-8943453

    Sebelum berpisah, jom kita tengok 2 lagi testimoni hebat tentang Herbal Blend

    Herbal blend Testi Hilang Kesan Exema

    Herbal blend Testi Hilang Parut dan Nanah

     

    Salam sayang dan Jumpa Lagi.

    (Visited 813 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: ,

    2 thoughts on “Tak Bolehkah Pelbagai Krim Bayi Yang Mahal Digabungkan Jadi 1? Kisah Gembira Seorang Ibu Bila Jumpa Krim Bayi Yang Sesuai Untuk Semua Masalah Bayi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge