-
2 Tips Penting Agar Gastrik Tidak Berulang Lagi
Dalam entry yang lama dulu, Mek ila pernah ceritakan tentang Set Gastrik Shaklee yang boleh diamalkan oleh pesakit Gastrik untuk memulihkan gastrik mereka. Suatu ketika dulu Mek ila pun tertanya-tanya, bolehkah gastrik ini disembuhkan?. Maklumlah sejak remaja menghidap gastrik, ubat-ubat yang dibekalkan oleh Doktor cuma mampu mengurangkan simptom gastrik dan mengeluarkan angin sahaja. Kadang-kadang rasa loya juga nak makan ubat gastrik sebab baunya yang macam kapur. Tapi terpaksa juga telan bila sakit yang datang dah terlampau teruk.
Gastrik yang dialami setiap orang sebenarnya agak berbeza. Ini berdasarkan pengalaman Mek ila dan kawan-kawan Mek ila sendiri. Walaupun Mek ila rasa gastrik Mek ila tu dah sampai tahap yang teruk hingga menyebabkan masalah pembuangan yang tak stabil, sebenarnya ada lagi kes yang teruk. Sepupu kepada rakan Mek ila dulu jenis yang boleh sampai muntah dan pitam bila gastrik nya melanda. Masuk atau keluar wad juga dah jadi perkara yang biasa. Memang menakutkan sebab gastrik yang kronik membuatkan aktiviti seharian kita tergendala.
Asalnya Mek ila memang ada makan Ostematrix untuk masalah Senggugut. Kemudian bila terperasan yang susu sedikit berkurangan semasa Akmal berusia setahun setengah, Mek ila amalkan ESP pula untuk bantu galakkan pengeluaran susu. Lepas amalkan ESP tu yang memang rasa sangat perubahan pada perut. Tiada lagi ketidakselesaan atau kepedihan yang tiba-tiba datang tanpa diundang.
Walaupun gastrik telah sembuh, namun Mek ila tetap meneruskan penjagaan diri yang dah biasa dibuat sejak menghidap gastrik lagi.
Jangan Makan Banyak Makanan Yang Membuatkan Gastrik Boleh Datang Kembali
Antara makanan yang perlu dikurangkan ialah
- makanan pedas dan berempah
- makanan yang masam terutamanya asam jeruk, jeruk kering dan asam boi yang mengandungi bahan pengawet
- minuman berkafein
- makanan berangin
Huhu, inilah yang paling susah sebenarnya. Kebanyakan makanan yang Mek ila gemari suatu ketika dulu adalah jenis yang pedas dan berangin. Antaranya cempedak goreng, bubur kacang hijau, keledek rebus, cheese cake dan sambal tumis.
Bayangkan hanya dengan makan seketul cempedak goreng boleh membuatkan Mek ila sakit perut dan kepala serta pedih ulu hati selama 2 hari. Memang haru. Makan cheese kek pula boleh membuatkan Mek ila cerry berry sampai lembik. Malah hanya setakat merasa masin garam bila membuat sambal juga boleh membuatkan Mek ila tak tidur malam dan menjadi teman setia encik Toilet. Memang sengsara sangat-sangat bila perut dah ‘secondhand’. Itulah ayat Mek ila bila ramai yang tegur kenapa tak makan itu dan ini.Dan Alhamdulillah, bila mimpi ngeri ini dah berakhir, Mek ila tetap jaga makan kerana masih trauma dengan kesakitan yang dialami dulu. Cuma bila teringin, Mek ila makan jugalah sedikit buat merasa kecuali cheese cake kegemaran Mek ila. Itu Mek ila makan dengan banyak sebab sedap sangat.
Makan Ikut Masa Yang Tetap
Makan ikut peraturan ni sangat penting bukan sahaja kepada pesakit gastrik tetapi juga kepada orang lain yang sihat. Makan yang tidak tentu masa akan membuatkan perut kita lapar dan akan menggalakkan rembesan jus gastrik. Jadi sayangilah perut kita dengan makan pada waktu yang sama setiap hari.(Visited 1,169 times, 1 visits today)Nilai RM1 Di Mata Kita dan Mereka ~ Kongsikan Kisah Manis Bantal Busuk Anak-Anak & Menangi Hadiah Comel Ini!
7 thoughts on “2 Tips Penting Agar Gastrik Tidak Berulang Lagi”
Leave a Reply
2 Tips Penting Agar Gastrik Tidak Berulang Lagi
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
gastric ini memang penyakit yang merungsingkan dan bila dah kronik bisa jadi bermacam penyakit berat hepatitis atau liver beruntunglah ada rawatan suplimen yang bisa membebaskan anda dari gastric dengan Izin Allah SWT
islam di dadaku recently posted…FATHUL BAARI
Alhamdulillah Pak. Memang syukur sangat-sangat.
Saya pun ada gastrik. Bila gastrik menyerang memang saat yang menyakitkan bagi Saya. Nasib baik ada Esp tolong atasi kesakitan saya ini. Sekarang alhamdulillah dah jauh dari gastrik, boleh dikatakan dah berangsur pulih.
nila anggraini recently posted…Tamparan Besar Bagi Isteri Kerana Nampak Lebih Tua Dari Suami
Saya kalau nak elakkan gastrik saya tak minum susu. Susu juga salah satu punca gastrik..
Ain Ridzuan recently posted…GST MEMBEBANKAN ATAU TIDAK JIKA INGIN MERANCANG KELUARGA?
Kesian betul orang yang ada gastrik ni. Suami dan bapa mertua pun jenis berangin juga, tak boleh silap makan.
ummi tokei vitamin recently posted…11 Tanda-Tanda Mudah Mengesan Waktu Subur Anda
jangan biasakan makan lambat nanti sakit lagi menjadi
Suri recently posted…Manfaat Buah Belimbing Untuk Kesihatan Dan Kehamilan
orang perempuan kena baca tips nih.
kalau tak..dok hari-hari meroyan kat facebook sebab sakit gastrik.
titan recently posted…JBT sebagai Pakej Pelancongan PILIHAN ke Jepun