• 5 Sikap Suami Yang Buat Isteri Sedih Dalam Diam

    Kehidupan rumahtangga memang ada pasang dan surut. Ada kalanya gembira, ada kalanya berduka. Tahun berganti tahun, mungkin ada sikap suami yang menyedihkan isteri tanpa disedari oleh suami. Isteri pula mungkin disebabkan telah lali dengan sikap suami tadi, hanya menyimpan perasaan sedih di dalam hati. Atau mungkin juga cuba redha kerana dikurniakan seorang suami yang begitu sifatnya. Sebenarnya ini sesuatu yang bahaya kerana mungkin ianya boleh membawa pergaduhan yang sangat besar suatu hari nanti. 

     

    broken_heart1Marah Hanya Disebabkan Perkara Kecil
    Memang sedih kalau suami mudah marah hanya disebabkan perkara-perkara kecil. Isteri yang mithali boleh menerima teguran suami tetapi bukan kemarahan yang melulu. Bayangkan si isteri telah melakukan banyak perkara untuk kebahagiaan rumahtangga namun hanya disebabkan satu perkara kecil, segala kebaikan isteri bagaikan tiada nilainya di sisi suami. Contoh paling mudah yang sering terjadi: sehari suntuk isteri telah mengemas dan menjaga anak-anak di rumah. Hanya ketika suami pulang ke rumah, anak-anak menyepahkan makanan di ruang tamu. Suami yang balik kerja dalam keadaan penat terus jadi marah melihat makanan bersepah. Adilkah begitu? Alangkah bagusnya andai suami melihat kebaikan dan pengorbanan isteri secara keseluruhan, juga boleh menegur  isteri dengan cara yang baik dan pada  masa yang sesuai. Pasti isteri akan menerima teguran itu dengan hati yang terbuka.

    marah

    Marah Tidak Membantu Dalam Menyelesaikan Masalah!

    Utamakan Orang Lain Daripada Isteri
    Isteri adalah insan yang paling rapat dan sentiasa berada dalam keadaan senang dan susah bersama suami. Namun sikap suami yang sering mengutamakan orang lain seperti rakan-rakan sering membuatkan isteri bersedih. Tidak salah untuk suami memperuntukkan masa untuk orang lain, namun utamakanlah keluarga dan jangan sampai isteri dipinggirkan dan merasakan dirinya tidak penting di dalam kehidupan suami .

    Merasakan Dirinya Berkuasa
    Suami adalah ketua dan wajib dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami di dalam segala perkara  selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Namun itu bukanlah bermakna suami berkuasa atas segala-galanya. Isteri juga punyai kehendak dan naluri, jadi pastikan suami turut memikirkan pandangan dan buah fikiran isteri sebelum membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kehidupan mereka demi kebahagiaan bersama. Memang sedih apabila suami suka membuat keputusan sendiri, demi mengelakkan pergaduhan biasanya isteri akan menurut sahaja dengan menyimpan perasaan di dalam hati.

    i am the boss
    Meletakkan Tanggungjawab Membuat Kerja Rumah Di Atas Bahu Isteri
    Tanggungjawab menguruskan rumahtangga dan anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Apatahlagi bagi isteri-isteri yang bekerja. Isteri akan merasa sedih apabila suami mengadu perhatian isteri kepada suami mula berkurangan apabila sudah mempunyai anak. Ingatlah bahawa anak-anak itu lahir dari tanda cinta bersama maka tanggungjawab menjaga anak juga adalah tanggungjawab bersama. Maka suami, bantulah isteri di rumah, juga dalam menguruskan anak-anak. Isteri pasti sangat menghargai dan akan melayan suami lebih daripada sepatutnya.

    Kalau nampak isteri keletihan selalu, kan lagi best kalau suami hadiahkan Set Intim  atau Set Supermommy ini agar kesihatan isteri tetap terpelihara.

    happy family

     

    Tidak Mahu Mengubah Cara Hidup Selepas Berumahtangga
    Kehidupan berumahtangga pastinya sangat berbeza dengan kehidupan ketika masih bujang. Suami dan isteri perlu sama-sama berubah dan sedar akan tanggungjawab mereka selepas berkahwin. Namun ada juga suami yang tidak dapat melepaskan kehidupan lalu dan masih terikut-ikut gaya hidup yang lama. Bukanlah bermakna segalanya harus ditinggalkan, namun ianya perlu disesuaikan dengan kehidupan berkeluarga agar keharmonian rumahtangga tetap terjaga. Sekadar berkongsi ada rakan Mek ila yang makan hati kerana suaminya keluar rumah hampir setiap malam hanya untuk bermain badminton bersama kawan-kawan walaupun anak mereka telah masuk 3 orang. Terpaksalah beliau redha dalam keterpaksaan.

    Bukan hanya suami sahaja, kadangkala mungkin juga ada sikap isteri yang buat suami memendam rasa. Maka sama-samalah kita saling menjaga dan menghargai pasangan masing-masing. Jangan lupa, komunikasi yang berkesan adalah kunci kepada kebahagiaan rumahtangga.

    Sering salah faham dengan sikap pasangan hanya disebabkan oleh perkara-perkara kecil? Jom hentikan!

    Salam sayang;
    Mek ila

    (Visited 6,311 times, 3 visits today)

    Categories: Tips Suami Isteri

    6 thoughts on “5 Sikap Suami Yang Buat Isteri Sedih Dalam Diam

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge