• 5 Tips Mudah Legakan Sakit Batuk dan Tekak Sebelum Ke Klinik

    Dalam keadaan cuaca sekarang ni, memang mudah sangat nak kena sakit tekak, batuk atau selsema. Lebih-lebih lagi kalau kita berpanas di luar. Bagi yang tak tahan cuaca panas, memang mudah sangat nak kena serangan batuk atau sakit tekak ni. Maklumlah indeks udara kita juga kurang sihat sekarang ini.

    batuk kering

    Batuk dan Sakit Tekak Memang Menyeksakan ~

    Seeloknya elakkan berada di luar rumah kecuali keadaan betul-betul memerlukan. Di bawah ini juga Mek ila kongsikan beberapa kaedah yang dapat membantu melegakan sakit tekak dan batuk kita.

    1. Kumur Dengan Air Garam
    Ini cara yang paling mudah dan cepat kerana garam adalah bahan utama yang mudah dijumpai di rumah. Caranya “ambil beberapa butir garam kasar, campurkan dalam segelas air suam. Kacau sedikit dan kumur beberapa kali”. Kalau boleh masa kumur tu biar air garam tadi sampai ke bahagian tekak. InsyaAllah memang akan lega tekak tu.

    air-garam
    2. Minum Air Asam Jawa
    Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam air. Kacau sebati dan kemudian tapis untuk membuang bijinya. Minum air asam jawa ni bukan sahaja boleh menyejukkan tekak malah boleh menyejukkan badan kita.

    3. Amalkan Minum Madu
    Madu pun sangat bagus diamalkan untuk batuk. Yang penting pilihlah  madu asli dan bukan madu tiruan. Cara makan madu bergantung kepada cara yang ditetapkan oleh pengeluar. Ada yang makan sesudu madu begitu sahaja diikuti dengan segelas air suam. Ada yang campurkan madu dulu ke dalam air suam dan kemudiannya diminum. Selain itu madu juga boleh dicampurkan dengan sedikit perahan lemon/limau kasturi untuk melegakan batuk tadi

    madu dan lemon
    4. Makan Bawang Putih
    Bagi pembaca yang berani, bolehlah makan bawang putih ni hidup-hidup. Kalau yang tak tahan dengan baunya, bolehlah dibakar sedikit hingga kehitaman kulitnya, buang kulit dan baru dimakan. Bawang putih bukan sahaja bagus untuk melegakan batuk dan selsema tetapi boleh membuang angin di dalam badan. Sebagai alternatif, bolehlah makan Garlic Complex Shaklee ni. Mek ila memang amalkan ini bila batuk beserta dengan Vitamin C Shaklee untuk meningkatkan imun badan.

    5. Ais Krim Vanilla
    Ais krim vanilla boleh menyejukkan tekak. Biasanya kalau ke klinik, Doktor pun akan cadangkan perkara yang sama. Antara ais krim yang dikatakan mujarab ialah Ais Krim Mc D. Mek ila pun pernah cuba dan ianya memang melegakan.

    aiskrim McD
    Paling penting jangan lupa minum air masak yang banyak dan sentiasa elakkan diri daripada berada di kawasan panas kecuali benar-benar perlu. Tak lupa juga , sentiasa berdoa agar Allah menyembuhkan sakit kita tadi.

    Bila pula masanya kita perlu ke klinik?
    Sekiranya batuk masih tidak sembuh dalam tempoh 3-4 hari, segeralah ke klinik untuk mendapatkan rawatan Doktor. Petua-petua ini hanyalah ikhtiar awal dan kesannya bergantung kepada individu. Namun ada juga kawan-kawan Mek ila yang berjumpa Doktor dulu dan makan ubat batuk yang diberikan. Bila masih tak ok, barulah mereka cuba tips-tips ini.

    Note: Baru-baru ni Mek ila ada terbaca article yang ditulis oleh Dr dari Michigan University
    kita dilarang ‘ahem-ahem ‘ bila tekak terasa gatal. Menurut article itu, memaksa tekak untuk batuk boleh  mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau.

    Pembaca semua da tips lain untuk legakan batuk? Jom share!

    Salam sayang & Jumpa Lagi!

    (Visited 3,405 times, 6 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags:

    4 thoughts on “5 Tips Mudah Legakan Sakit Batuk dan Tekak Sebelum Ke Klinik

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge