• 8 Tanda Kita Kekurangan Protein Di Dalam Badan

    Selalu je kita dengar perkataan protein disebut. Bila sebut protein ni mulalah terbayang akan pelbagai jenis makanan yang mengandungi protein seperti ikan dan daging.  Jadi hari ni Mek ila nak kongsikan sedikit maklumat tentang kepentingan protein untuk tubuh kita.

    Sebenarnya badan kita ini terdiri daripada sel-sel. Dari sel ianya membentuk tisu. Dari tisu pula ia membentuk organ dan dari organ ianya membentuk sistem.  Sistem pula membentuk tubuh kita. Apa pula kaitan protein dengan badan kita? Protein merupakan sumber makanan kepada sel. Jika sel kita mendapat protein yang cukup dan berkualiti maka sel yang sihat akan mudah terbentuk pada setiap hari dan menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga.

    sel

    Sel merupakan unit terkecil yang menjadi asas kepada struktur tubuh manusia

    Sumber Protein Dalam Diet Harian

    Sebenarnya sumber protein amat mudah diperolehi dalam diet harian kita. Makanan seperti ikan, ayam, daging dan kekacang merupakan sumber utama protein. Masalahnya protein ni mudah termusnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Kebanyakan makanan berprotein yang kita masak ni seperti digoreng atau dipanggang memang memerlukan penggunaan suhu yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita cuma dapat menyerap hanya sedikit sahaja baki protein yang ada. Keperluan protein yang mencukupi juga dikatakan kunci kesihatan yang optimum kerana  protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan juga sebagai neurotransmitter yang menjadi penghubung di antara sel-sel.

    Apakah yang akan terjadi sekiranya kita kekurangan protein? Jom tengok!


    Edema

    Edema merupakan pembengkakan yang disebabkan oleh pengumpulan air di dalam badan. Ini kerana protein membantu menyeimbangan kandungan air di dalam badan dan kekurangan protein boleh menyebabkan berlakunya penyimpanan air yang tidak seimbang. Edema boleh terjadi di bahagian anggota tubuh seperti di kaki.

    Edema

    Kelesuan Melampau
    kelesuan melampau juga merupakan tanda-tanda utama kekurangan protein. Anda mungkin terasa lemah, pening atau mengantuk yang kerap di sepanjang hari.

     

    Fatigue

    Masalah Rambut
    Rambut rosak, menipis, bercabang dan sering gugur juga merupakan tanda-tanda kekurangan protein. Ini kerana rambut dihasilkan daripada protein. Kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan rambut yang kurang sihat dan bermasalah.
    Poor-Hair

    Gangguan Sistem Pembuangan
    Sistem pembuangan air besar yang tidak teratur dan mudah sembelit juga merupakan tanda-tanda yang kita mungkin kekurangan protein. Ia juga boleh menjurus kepada masalah yang lain seperti gastrik, mudah cirit birit dan usus yang sensitif. Suatu ketika dulu, Mek ila juga menghadapi masalah ini dan telah diarahkan oleh pakar untuk menjalani endoskopi. Disebabkan takut, Mek ila memohon agar proses ini ditangguhkan hingga ke suatu masa nanti.

    Abdominal-pain

    Kadar Denyutan Jantung Yang Lemah
    Biasanya jantung kita berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Sekiranya kandungan protein di dalam tubuh adalah rendah, degupan jantung kita mungkin kurang daripada 60 degupan/minit. Kekurangan protein dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan degupan jantung berada di bawah paras normal.

    low heart beat

    Otot Badan Yang Menggeleber
    Memang tak cantik jika otot badan kita menggeleber atau menggelebeh. Tahap protein yang rendah ini akan menjejaskan pembentukan otot badan. Ini sering terjadi kepada mereka yang menjalani diet tetapi kekurangan protein untuk membentuk kembali bentuk badan yang telah berubah. Selain itu kekurangan protein juga boleh menyebabkan tubuh kita kehilangan berat badan secara tiba-tiba. Ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat kerana  sel tubuh memerlukan protein. Apabila sumber protein tidak mencukupi, maka badan akan memecahkan protein dari otot untuk digunakan. Maka kita akan kehilangan otot tubuh sekaligus kehilangan berat badan.

    otot geleber

    Fungsi Otak Yang Lemah
    Kekurangan protein juga boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi otak dan boleh menyebabkan masalah penurunan kognitif, kebimbangan dan kemurungan. Jadi pastikan kita mendapat sumber protein yang mencukupi agar otak kita boleh berfungsi pada tahap yang normal.

    brain

    Bukan itu sahaja kesan-kesan kekurangan protein. Antara kesan lain ialah luka kita lambat sembuh apabila terluka.  Ini kerana kita memerlukan asid amino yang cukup untuk proses membaik pulih luka tersebut. Kekurangan protein juga boleh menyebabkan kita mudah mendapat masalah kulit seperti ruam, kulit kering dan ekzema.

     

    DAPATKAN SUMBER PROTEIN YANG CUKUP UNTUK KEPERLUAN HARIAN

    Kalau memang pembaca ada mengalami masalah-masalah di atas, maka jalan penyelesaian terbaik adalah mendapatkan sumber protein yang mencukupi daripada diet harian. Tambahkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, ayam, telur, kekacang, produk tenusu atau soya. Boleh juga dapatkan supplemen sumber protein semulajadi  terbaik seperti ESP Shaklee.

    Khasiat ESP memang sangat bagus dan diakui oleh ramai penggunanya termasuk Mek ila sendiri. Sewaktu dahulu Mek ila ambil ESP untuk milkbooster tetapi Alhamdulillah, kes pembuangan yang tidak stabil dan gastrik dulu juga telahpun sembuh hingga membuatkan Mek ila terus cancle appointment untuk buat endoskopi tersebut. Memang Mek ila penakut sikit bab-bab sebegini dan sangat gembira bila ESP membantu Mek ila mengatasi masalah ini. ESP Shaklee BestSalam Sayang;
    Mek ila

    Kredit gambar kepada: http://www.natural-homeremedies.org

    (Visited 233 times, 2 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags:

    8 thoughts on “8 Tanda Kita Kekurangan Protein Di Dalam Badan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge