• 9 Tips Untuk Ibu Hamil Tidur Lebih Lena

    “Aduh, kenapalah susah nak tidur ni. Pusing kiri tak kena, pusing ke kanan pun tak kena. Panas pun ye, mengantuk sangat tapi tak boleh nak lelapkan mata”.

    Inilah antara keluhan yang biasa kita dengar daripada ibu-ibu yang hamil terutamanya apabila kandungan makin membesar. Mek ila dulu pun pernah alami. Lagi pelik, bila hampir setiap malam Mek ila akan bermimpi perkara-perkara  yang menyedihkan. Masa tu fikir pembawakan anak agaknya. Bila tidur tak lena, mulalah susah nak bangun tidur, kadang-kadang kepala pun rasa pening.

    hamil-susah-tidur-

    Memang pening bila susah nak lelapkan mata!

     

    Sebenarnya pada trimester ketiga, perut kita semakin membesar hingga menyebabkan agak sukar untuk kita tidur dengan selesa.  Selain itu tidur juga boleh terganggu apabila ibu mengalami masalah kehamilan lain seperti  lenguh badan, kaki kejang, kegatalan, pedih ulu hati ataupun apabila baby bergerak. Jadi, jom kita ikuti tips-tips ini untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan sempurna.

    Persekitaran Bilik Tidur Yang Selesa
    Seronoknya kalau bilik tidur kita secantik bilik tidur di bawah. Memang tak sabar-sabar nak landing dan merehatkan diri. beautiful-bedroom-

    Namun bagi Mek ila yang paling penting adalah bilik tidur kita bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik. Kalau ada kemampuan, bolehlah pasang air cond di bilik tidur. InsyaAllah kuranglah sedikit rasa panas dan bolehlah kita tidur dengan lebih selesa.


    Hilangkan Kerisauan dan Saling Memaafkan Sebelum Tidur
    Gangguan tidur juga boleh disebabkan oleh kerisauan kita tentang sesuatu perkara yang berlaku pada hari tersebut. Mungkin juga kerana kita ada berkecil hati atau berselisih faham dengan suami atau ahli keluarga yang lain.  Jadi seeloknya sebelum tidur, ibu perlu melupakan sebentar perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan ini. Saling bermaafan sesama suami dan anak-anak juga membantu melegakan perasaan ibu. Bila hati dah tenang, bolehlah tidur dengan selesa kan?

    saling memaafkan

    Terapi Hati dan Minda
    Membaca Al-Quran atau berzikir sebelum tidur juga mampu memberikan ketenangan hati. Jadikan ia sebagai amalan harian walaupun bukan ketika mengandung. InsyaAllah hati kita akan lebih tenang dan gembira.

    Tidur Dalam Posisi Yang Betul
    Posisi badan yang betul membantu ibu-ibu untuk tidur dengan lebih lena. Posisi yang disarankan adalah tidur mengiring ke kiri bagi melancarkan perjalanan darah ke fetus dan keseluruhan badan. Elakkan tidur terlentang kerana ianya boleh memberi tekanan kepada usus dan mengganggu perjalanan darah ke bahagian jantung.

    Gunakan Bantal Sokongan
    Penggunaan bantal sokongan yang betul memang menyelesakan. Ibu-ibu boleh memilih bantal sokongan yang bersesuaian yang banyak dijual di pasaran. Bantal peluk biasa yang lembut juga boleh digunakan. Pastikan bahagian belakang ibu juga disokong oleh bantal yang sesuai bagi memberi keselesaan kepada tulang belakang ibu.

    bantal Sokongan

    Selesanya bantal ni!

     

    Urutan Ringan Sebelum Tidur
    Sedikit urutan ringan juga membantu ibu-ibu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Mintalah bantuan pasangan untuk mengurut lembut bahagian-bahagian yang lenguh seperti kepala, bahu, kaki dan bahagian belakang. Elakkan mengurut bahagian yang sensitif seperti di bahagian perut. Urutan bukan sahaja dapat membantu pengaliran darah berjalan lancar tetapi dapat memberikan kesan emosi kepada ibu-ibu hamil. Ibu-ibu akan rasa lebih disayangi dan dihargai oleh pasangan masing-masing.

    urutan ringan

    Lakukan Senaman Ringan
    Melakukan senaman ringan yang disyorkan untuk ibu-ibu hamil juga dikatakan dapat meningkatkan kualiti tidur ibu hamil. Namun awas, jangan lakukan senaman yang terlalu berat atau terlalu dekat dengan waktu tidur. Ibu-Ibu mungkin kepenatan hingga susah untuk tidur.

    Jaga Pemakanan
    Adalah penting untuk ibu-ibu menjaga pemakanan mereka. Elakkan mengambil makanan pedas dan berasid kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan pedih ulu hati. Elakkan daripada makan hingga terlalu kenyang sebaliknya makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Pastikan diet harian mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil. Pengambilan Vitamin Kehamilan juga membantu ibu-ibu untuk kekal aktif dan cergas. Elakkan juga daripada mengambil minuman berkafein terutamanya pada waktu malam kerana ianya mungkin membuatkan ibu lebih sukar untuk tidur.

    Minum Susu Sebelum Tidur
    Minum susu setiap hari terutamanya sebelum tidur dikatakan dapat memberikan kesan tidur yang lebih sempurna kepada ibu-ibu  hamil. Menurut kajian yang dijalankan oleh National Sleep Foundation (NSF), kekurangan kalsium dan magnesium di dalam tubuh boleh menyebabkan masalah sukar tidur atau mudah terjaga ketika tidur. Jika ibu-ibu tidak lalu minum susu dalam kuantiti yang mencukupi, bolehlah amalkan Vitamin Ostematrix Shaklee yang membekalkan kalsium dan magnesium semulajadi dalam kuantiti yang seimbang.

    nice sleep

    Salam sayang & Jumpa Lagi!!

    (Visited 714 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , , ,

    6 thoughts on “9 Tips Untuk Ibu Hamil Tidur Lebih Lena

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge