• Bahagianya Hati Bila Masalah Anemia dan Low HB Anak Berjaya Diatasi

    Sebenarnya  beberapa hari yang lepas Mek ila  terbaca tentang perkongsian daripada Master Cerry tentang kisah anak Puan Noriza yang juga menghadapi masalah Anemia. Anak puan Noriza ini cuma berusia 4 tahun dan HB nya adalah 10, kurang 1 g/dL daripada bacaan yang normal iaitu 11 g/dl.

    Anemia-In-Babie

    Kisah Akmal

    Kisah baby Akmal lebih menyedihkan lagi apabila paras HB Akmal cuma 8.1 ketika berusia 10 bulan. Ianya dikesan apabila Akmal dijangkiti HFMD dan diarahkan oleh Doktor untuk membuat ujian Darah. Hati ibu mana yang tidak luluh apabila paras HB anaknya yang masih bayi berada di tahap yang membimbangkan. Walaupun dinasihatkan oleh Doktor untuk menambah pemberian susu formula yang kaya zat besi, Mek ila tetap percaya dengan Kebaikan Susu Ibu dan hanya memilih untuk memberikan Akmal supplement syrup zat besi yang diberikan oleh Pakar Kanak-Kanak. Itupun hanya apabila Akmal telah berusia setahun dan ketika itu bacaan HB nya hanya meningkat kepada 8.9. Tahap Hb yang masih membimbangkan.

    Gelagat Makan Ubat

    Maka bermulalah pemberian syrup yang sangat tidak disukai oleh Akmal ini pada setiap hari. Akmal memang jenis yang susah  makan ubat jadi bayangkan bagaimana Mek ila perlu  berperang dengan Akmal pada setiap hari. Setelah 3 bulan, ujian Darah yang berikutnya hanya menunjukkan peningkatan HB kepada 9.1. Berdasarkan nasihat Doktor, Mek ila teruskan lagi pemberian syrup iron ini hinggalah tiga bulan berikutnya. HB Akmal cuma naik kepada 9.4 selepas 6 bulan berikutnya dan naik kepada 9.7 setelah hampir 9 bulan diberikan syrup iron ini. Alhamdulillah terdapat sedikit peningkatan walaupun masih mengecewakan.

    Memang Mek ila sentiasa mengkaji tips-tips di internet cara untuk meningkatkan HB anak termasuklah pemberian makanan yang kaya vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum. Memandangkan Akmal masih kecil dan tidak mahu makan Chewable Vitamin C Shaklee, Mek ila berikan Akmal jus jambu batu yang juga kaya dengan Vitamin C. Namun sukar juga nak bagi jus ni sebab Akmal masih tidak sukakan rasanya, jika terlebih bagi pula takut Akmal akan kerap ke tandas.

    bbay Akmal

    Inilah Baby Low HB Yang Kini Alhamdulillah Semakin Sihat

     

    Hinggalah Mek ila berjumpa sendiri dengan Nutritionist Shaklee pada penghujung bulan Oktober tahun lepas. Di mana Mek ila berbincang tentang kesesuaian pemberian Mealshakes kepada Akmal. Memang nutritionist sangat menggalakkan pemberian Mealshakes kerana ianya mengandungi multivitamin lengkap semulajadi untuk pembesaran anak-anak. Selain mengandungi multivitamin termasuk Vitamin C, Mealshakes turut mengandungi  iron dan Vitamin B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dan membantu mengelakkan masalah anemia di kalangan kanak-kanak.

    kebaikan Mealshake

    Dan  selepas 3 bulan HB Akmal naik dengan cantiknya daripada 9.7 kepada 10.7. Alhamdulillah, memang Mek ila syukur sangat-sangat walaupun masih ada 0.3 g/dl lagi untuk HB Akmal sampai ke paras yang normal.

    Result akmal 1

    Syukur sangat bila bacaan HB Akmal semakin meningkat

     

    Yang paling happy, Doktor juga mencadangkan agar Mek ila meneruskan pemberian Mealshakes kepada Akmal setelah penggunaan syrup iron  selama 9 bulan tidak menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kata Dr, rakan-rakan beliau juga ada yang memberikan Mealshake kepada anak-anak mereka. Memang sporting dan baik juga Doktor ni.

    result akmal 2a

    Komen Doktor Di Buku Rekod Kesihatan Akmal

    Sememangnya tiada yang lebih membahagiakan selain melihat anak-anak membesar dengan sihat dan sempurna. InsyaAllah Mek ila juga akan cuba memberikan Set  Kanak-Kanak ini nanti kepada Akmal apabila Akmal dah pandai dan mahu nak mengunyah vitaminnya sendiri. Ujian Darah Akmal yang seterusnya akan dibuat pada bulan 5 nanti. InsyaAllah semoga waktu itu, HB Akmal semakin meningkat dan tidak perlu lagi mengambil ujian darah yang sangat ditakutinya itu.

    Salam sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 1,063 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif, Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: ,

    6 thoughts on “Bahagianya Hati Bila Masalah Anemia dan Low HB Anak Berjaya Diatasi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge