• Bahang GST sudah bermula – Jom Semak Barangan Yang Dikenakan GST. Minyak Kereta pun ada GST tau ~

    Sistem percukaian GST yang bakal dilaksanakan April ini sememangnya sesuatu yang dinanti dengan penuh debaran oleh semua rakyat Malaysia. Mana tidaknya, bermacam-macam info yang dikongsikan  di sana sini hingga menyebabkan ramai yang ragu-ragu dengan pelaksanaannya.

    gst

    Bagi mendapatkan info  tentang GST, Mek ila cadangkan pembaca semua rujuk Laman Web Rasmi GST Malaysia. Di sana ada info yang lengkap tentang GST ini walaupun tidak disenaraikan semuanya. Ada yang kata barangan runcit kena GST, ada yang kata tidak. Kedua-duanya betul kerana kebanyakan  barang runcit  akan dikenakan GST manakala hanya barang runcit asas sahaja dikecualikan daripada GST. Nak tahu yang mana 1 kena GST dan yang mana tak kena, jom kita semak di sini.

    gst

    Contoh Barangan Runcit Yang Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

    Dalam senarai di atas, Mek ila tak jumpa pun tentang GST bagi minyak kenderaan. Namun bila mengisi minyak semalam di stesyen Petronas, barulah Mek ila perasan yang ruangan untuk GST telah disediakan di resit minyak. Maknanya minyak pun ada GST. Cuma yang belum pasti adakah semua jenis minyak dikenakan GST atau minyak tertentu aje.

    gst2

    Lepas isi minyak, Mek ila beli sepotong kek di Secret Recipe. Wah, harga sepotong kek di Secret Recipe telah naik dengan mendadaknya daripada RM7++ kepada RM8.80. Rupa-rupanya harga yang terpapar telah termasuk cukai  yang sememangnya  telah dilaksanakan oleh Secret Recipe sejak sekian lama. Satu kaedah kenaikan harga secara tersembunyi walaupun  harga sepotong kek termasuk GST (take away) sebelum ini tidak lebih RM8 sebelum ini.

    gst3

    Harga Sepotong Kek di Secret Recepi naik dengan Mendadaknya!

    Pendek kata semua perkhidmatan yang kita gunakan nanti ada GST termasuk bil telefon. Pengguna prepaid pun perlu membayar extra 6% untuk prepaid yang dibeli.

    gst 1

    GST untuk pengguna prabayar

    Jadi, sudahkah kita semua bersedia dengan GST ini? Kerana kenyataannya suka atau tidak, GST Tetap dilaksanakan. Apa pun Mek ila percaya pasti pihak Kerajaan telah merancang pelaksanaan GST ini dengan sebaik mungkin bagi menjaga kepentingan rakyat.

    Rasa macam tak larat nak hadapai GST?  Jom tambah pendapatan bersama Mek ila.

    Salam Sayang & Jumpa Lagi.

    (Visited 907 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags:

    4 thoughts on “Bahang GST sudah bermula – Jom Semak Barangan Yang Dikenakan GST. Minyak Kereta pun ada GST tau ~

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge