• Benarkah Servis Telekom Malaysia Teruk?

    Sebenarnya Mek ila bukanlah pelanggan tetap Telekom Malaysia. Baru sahaja berangan-angan nak jadi pelanggan tetapi sudah mula merasakan servis mereka bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan.

    Sebenarnya Mek ila berhasrat nak melanggan Streamyx di rumah. Usah di tanya mengapa Streamyx dan bukan Unify ye, hihi. Sebabnya  di Semenyih tiada perkhidmatan Unify. Jadi terpaksalah guna Streamyx dulu. Oleh kerana nombor telefon sedia ada di rumah bukanlah menggunakan nama Mek ila, jadi perlulah tukar nama dahulu sebelum melanggan Streamyx.

    Closeup of a call center employee with headset at workplace

    Mek ila call talian 100 untuk mendapatkan penyelesaian. Alhamdulillah staff nya bagus dalam memberi jawapan tetapi sedikit makan dalam bila”

    “Puan kena bawa Kad Pengenalan dan 3 salinan Kad Pengenalan ke  TMPoint. Kalau tak bawa biasa mereka akan reject permohonan. Kalau tidak pun mereka biasanya akan caj untuk fotostat.

    Oh, sangat ‘straight’. Sebenarnya  prosedur menggunakan Kad pengenalan ini memang prosedur biasa, tetapi meminta pelanggan membawa sendiri salinan fotostat KP memang sedikit old fashion malah permohonan akan di reject hanya kerana salinan tidak dibawa boleh dianggap sesuatu yang tidak patut. Pelanggan datang untuk memohon perkhidmatan dan membuat bayaran, dalam erti kata lain menambahkan lagi pendapatan TM bukan untuk mendapatkan perkhidmatan percuma.  Sepatutnya sebagai pelopor kepada industri telekomunikasi dan rangkaian di Malaysia, servis mereka perlu lebih ramah pengguna. 

    Bukanlah Mek ila nak compare, tapi pergi sahaja ke pusat telekomunikasi yang lain, tak pernah pula pengguna dicaj hanya untuk salinan Kad Pengenalan mereka. Mahal sangatkan harga mesin fotostat hingga tak mampu sediakan satu untuk pengguna?

    Ini membuatkan Mek ila teringat kenangan semasa student dahulu. Masa tu memang ada berurusan dengan TMPoint di Ampang untuk pasang telefon di rumah sewa. Dek kerana di sana tiada mesin potostat disediakan, terpaksalah berjalan kaki jauh untuk mencari kedai yang ada sediakan perkhidmatan potostat ini. Mak aih, dulu tak pelah, takkan lah dah lebih 10 tahun pun masih begitu juga servis mereka?

    Ini baru bab pendaftaran, belum lagi bab perkhidmatan dan sebagainya. Maklumlah bila Mek ila google sahaja tentang servis Telekom Malaysia, inilah hasil yang dikeluarkan

    servis telekom malaysia

    Hasil carian servis Telekom Malaysia

    Huhu, memang sedikit buat-buat pengsan bila baca. Nak teruskan atau tidak? Huhu, nampaknya kenalah fikir lagi kan?

    Sudi-sudikan juga pembaca yang gunakan Streamyx berkongsi dengan Mek ila tentang tahap perkhidmatan Telekom ini.

    p/s: Kalaulah ada choice yang lebih baik!!

    (Visited 355 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih, Umum

    Tags:

    3 thoughts on “Benarkah Servis Telekom Malaysia Teruk?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge