• Kenangan di Shaklee Motivation Rally : Jom Sertai Kami

    Memang seronok bila apa yang kita lakukan diiktiraf dan dihargai oleh orang lain. Begitu juga dalam bisness Shaklee ini. Bagi pengedar-pengedar yang berjaya bergelar Leader tidak kira rank apa sekalipun,  semuanya akan diraikan dalam majlis yang gilang gemilang seperti yang diadakan pada 1 Mac 2015 yang lepas. Memang seronok juga bila dapat surat jemputan untuk ke majlis ini. Namun disebabkan Mek ila memang jenis yang simple, langsung tak terfikir nak buat apa-apa persediaan. Hanya 2 hari sebelum majlis, bila pihak Shaklee call untuk mendapatkan pengesahan kehadiran dan maklumkan tema pakaian adalah merah, barulah Mek ila tercari-cari baju berwarna merah.

    Shaklee Motivation Rally

    Shaklee Motivation Rally & CNY Celebration

    Nasib baiklah ada dua sahabat baik Mek ila yang baik hati untuk turut sama-sama mencarikan baju merah. Sudahnya jumpalah jubah merah yang mesra penyusuan ini. Thanks Miza & Midah.

    belon1

    Belon Arif dan Akmal. Sukalah anak-anak bila dapat belon ni, siap main lawan-lawan lagi 🙂

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada President Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim. Memang best mendengar ucapan dan kata-kata semangat daripada beliau. Sememangnya kejayaan bakal menjadi milik mereka yang berusaha, InsyaAllah. Paling istimewa telah ramai usahawan Shaklee yang membuktikan mereka mampu mendapatkan jumlah pendapatan bulanan bersamaan dengan pendapatan setahun mereka sewaktu bekerja dahulu. Alhamdulillah, bila kita berjaya dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dapatlah kita membantu insan-insan di sekeliling yang memerlukan.

    pentas1

    Selain naik pentas, part paling  best adalah cabutan bertuah.  Majlis juga turut diserikan dengan perkongsian motivasi daripada dua orang Master Coordinator Shaklee. Memang best  dan makin bersemangat bila mendengar perkongsian pengalaman mereka sebelum berjaya bergelar Master Coordinator, iaitu rank tertinggi di dalam Shaklee.

    tidur1

    Buah hati Mek ila yang terlena. Maklumlah ini memang waktu tidurnya.

    Sebelum pulang, sempat juga Mek ila bergambar dengan rakan-rakan Shaklee lain daripada group kami. Memang best sangat group ni, sentiasa menyokong di antara satu sama lain tidak kira di mana kami berada. Walaupun banyak berhubung secara maya di Telegram, masing-masing macam dah kenal lama dan seperti adik beradik. Itulah istimewanya bila jadi ahli dan join group Shaklee Mek ila.

    ramai2a

    Walaupun tak dapat cabutan bertuah, Mek ila tetap bertuah kerana dapat hadiah yang special ini. Set Penjagaan badan Crabtree & Evelyn yang menjadi idaman wanita Malaya. Arif pun cakap, wanginya lotion ibu ini.

    hadiah best1

    Hadiah istimewa dari Mommy Anum. Thank you mommy, you’re the best!

    Nak jadi ahli Shaklee dan jana pendapatan? Jom baca maklumat lanjut di sini dan rebutlah peluang mendaftar sebagai ahli sebelum pelaksanaan GST pada bulan April nanti.
    Salam sayang & Jumpa Lagi!
    Mek ila

    (Visited 119 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags:

    3 thoughts on “Kenangan di Shaklee Motivation Rally : Jom Sertai Kami

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge