• Kisah Aku Sebuah Kereta Berusia 42 Tahun – Tribute to BAF 7002

    Walaupun BAF 7002 ini bukanlah kereta tertua di dunia, namun usianya telahpun mencecah 42 tahun pada tahun ini. Kereta ini sebenarnya mempunyai banyak kenangan kepada keluarga hubby Mek ila. Maklumlah ianya banyak berjasa kepada seisi keluarga terutamanya pada ibu dan papa. Malah Arif sendiri pun sempat mempunyai kenangan dengan kereta ini.

    Arif yang selalu tolong cuci kereta Atok

    Arif yang selalu tolong cuci kereta Atok

    Sayangnya dalam beberapa tahun ini, kereta ini tidak lagi boleh dihidupkan. Memang ayah mertua Mek ila berhasrat untuk membaikinya namun hasrat itu tertunda beberapa kali. Sudahnya pada awal tahun ini kami sekeluarga mengambil keputusan  untuk menjualnya. Oleh kerana keadaannya ini, asalnya nak jual pada penarik ‘kereta potong’ sahaja namun nampaknya dah rezeki BAF 7002 untuk dapat pemilik baru yang bukan sahaja ingin membaikinya malah ingin membuat transformasi pada kereta ini. Yezza!

    Umur BAF

    Sijil Lahir BAF

    Memang sedih juga untuk berpisah dengan BAF ini. Jadi semasa BAF diambil pada hari semalam, sempatlah Mek ila merakamkan detik-detik pemergiannya. Memang sayu juga.

    BAF 01

    Cara-cara naikkan BAF

    Pertama kali dalam hidup, Mek ila juga dapat melihat bagaimana kereta dibawa naik ke dalam Tow Truck. Memang berpeluh jugalah dibuatnya sebab nak pastikan kereta dibawa naik dalam keadaan yang betul-betul lurus. Proses membawa naik ini diulang dua kali sampailah kedudukannya betul-betul stabil dan lurus.

    BAF 1

    Selamat Jalan BAF 7002. Jumpa Lagi!

    Selamat Jalan BAF. Moga happy dengan tuan yang baru. Masa ni terfikir pula, kalau BAF pandai menulis, sudah tentu dah keluar entry ‘ Aku Sebuh Kereta’ kan, hihi. Namun sebab BAF tak pandai menulis, maka Mek ila lah yang menulis bagi pihaknya.

    Oleh kerana pemilik baru BAF juga berada di sekitar Semenyih, Mek ila sendiri tak sabar nak melihat transformasi yang dibuat kepada kereta ini. Entah macam mana rupa dan wajahnya yang baru nanti. Nanti Mek ila kongsikan dengan pembaca semua ye.

    Salam sayang,
    Mek ila

    (Visited 168 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags:

    4 thoughts on “Kisah Aku Sebuah Kereta Berusia 42 Tahun – Tribute to BAF 7002

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge