• Kongsikan Kisah Manis Bantal Busuk Anak-Anak & Menangi Hadiah Comel Ini!

    Bila sebut je bantal busuk ni pasti dah terbayang  sebuah bantal lama yang asyik dipeluk dan diusung anak ke sana dan kemari. Bantal busuk ini umpama teman setia anak dan biasanya  anak-anak tidak mahu berenggang dengan bantal tersebut. Kata orang ‘ tak boleh tidur kalau bantal busuknya tiada’.

    bantal busuk

     

    Dari sudut psikologi, tabiat kanak-kanak yang  tidak mahu berenggang dengan bantal busuk didefinisikan sebagai tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berpisah dengannya (clinging behavior). Bukan hanya bantal, malah ada sesetengah kanak-kanak yang menjadikan objek lain seperti teddy bear, selimut dan objek lain yang boleh dipegang seperti senduk sebagai bantal busuk mereka.

    Anak Mek ila yang sulung, Arif memang langsung tiada bantal busuk ni tapi si adik ada pula bantal busuknya. Paling kelakar Akmal akan menghisap bucu bantal busuknya setiap hari hingga lunyai setiap bucunya. Sarung bantal pun perlu ditukar setiap hari. Pujuk punya pujuk dan apabila bantal tersebut berjaya disorok, Blue Hyppo kini menjadi bantal busuk Akmal yang baru.

    Bantal Busuk Akmal

    Jadi sempena kisah bantal busuk yang sememangnya menjadi memori indah anak-anak ini Mek ila dengan sukacitanya ingin menjemput semua pembaca berkongsi kisah bantal busuk anak-anak kesayangan kita di Page Raikankasih. Hanya kongsikan gambar dan caption yang berkaitan berkaitan, tag 10 orang rakan untuk peluang memenangi Hadiah suka-suka ELC Hanging Toys + Voucher RM45 untuk Pembelian Seunit Supplemen Protein. Voucher saguhati yang sama juga disediakan untuk 2 orang pemenang lain.

    Peraduan Suka-Suka 5

    Tips dan Pandangan Pakar

    Sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat anak dan bantal busuknya kerana ianya bersifat sementara. Walaubagaimanapun ibu bapa masih perlu memainkan peranan dengan cuba memisahkan anak daripada bantal busuknya secara perlahan-lahan. Usia terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini adalah ketika umur mereka sekitar 3 tahun. Ini kerana sekiranya dibiarkan berterusan, dikhuatiri tabiat mengendong bantal busuk ini akan berterusan hingga dewasa.

    Walaubagaimanapun ada kemungkinan anak-anak juga bakal meninggalkan bantal busuk ini apabila mereka mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Tabiat ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mula merasa malu dengan rakan-rakan lain yang ternyata tidak mempunyai bantal busuk ini.

    Salam Sayang & Jumpa
    Mek Ila

    (Visited 269 times, 1 visits today)

    Categories: Contest, Family Arif

    Tags:

    11 thoughts on “Kongsikan Kisah Manis Bantal Busuk Anak-Anak & Menangi Hadiah Comel Ini!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge