• Resepi Salad Arab Simple + Sedap

    Dah lama rasanya Mek ila tak share resepi yang simple dimple ni. Hihihi, tu maknanya dah makin kurang memasak sekarang ni. Maklumlah masakan ibu Mek ila memang dah sangat-sangat sedap, jadi memang banyak makan masakan ibu sahaja.

    Salad Arab ni simple sangat. Biasanya korang akan jumpa bila makan dengan nasi Arab. Tapi tak semestinya makan dengan nasi Arab, nasi putih biasa dan lauk sup pun dah ok. Tak caya, jom kita buat. Satu  lagi salad ni tidak menggunakan mayonis, jadi ianya sangat sesuai dimakan oleh ibu-ibu hamil.

    Salad Arab 1a

    Bahan-Bahan Untuk Salad Arab

    1. Sebiji timun – dipotong dadu
    2. 2 bji tomato -dipotong dadu

    Salad Arab 2a
    3. 1 biji bawang besar – dihiris halus
    4. Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
    5. Sedikit garam
    6. Sedikit perahan air lemon (jika suka)

    Cara-cara
    1. Gaulkan semua bahan 1 hingga 5

    Salad Arab 3a
    2. Tambah sedikit perahan lemon (jika ada) dan gaul sebati.
    3. Simpan di dalam peti sejuk (jika suka)
    4. Sedia dimakan begitu sahaja

    Salad Arab 4a

    Jemput Makan. Rasanya memang segar dan tambah sedap dengan aroma daun ketumbar!

     

    Salam sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 5,212 times, 3 visits today)

    Categories: Resepi Simple Sedap

    Tags:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge