• Vitamin Untuk Meredakan Sakit Badan dan Lenguh Kronik Ketika Mengandung dan Menyusukan Anak

    Ibu-ibu hamil dan menyusukan anak biasanya akan mengalami masalah yang sama – sakit dan lenguh-lenguh badan. Itulah hakikatnya, malah kebanyakan kawan-kawan Mek ila pun sama. Yang membezakan cuma ada yang rasa terlalu sakit sampai nak buat kerja pun tak boleh tapi ada juga yang sekadar so-so, katanya sakit sikit-sikit tu biasalah. Masih mampu meneruskan aktiviti harian walaupun dalam hati sangat berharap agar kesakitan ini cepat hilang.

    Kenapa agaknya ibu hamil mudah rasa lenguh-lenguh dan sakit badan?

    Sakit belakang berlaku apabila ligamen, tisu penyambung, otot-otot, cakera dan sendi-sendi ibu tertekan akibat perubahan postur badan ketika hamil , postur badan yang salah ketika membuat pergerakan, otot-otot yang lemah/keletihan atau pun akibat daripada kekurangan kalsium.

    sakit belakang

    Sakit belakang ketika hamil memang memeritkan!

    Keperluan Kalsium Ibu Hamil

    Ibu hamil perlu mendapatkan bekalan kalsium harian yang cukup ketika hamil dan juga ketika menyusukan bayi. Dos yang disarankan untuk ibu hamil dan ibu menyusu adalah 1000mg sehari. Ia bertujuan untuk mengantikan kembali kalsium yang diserap dari tulang dan gigi ibu untuk pembinaan tulang bayi di dalam kandungan. Malah badan ibu juga memerlukan kalsium untuk menampung pembesaran dan berat bayi serta menjaga kesihatan tulang dan gigi ibu. Jadi tidak hairanlah jika ibu-ibu mudah lenguh, sakit badan dan sakit gigi  bila bekalan kalsium mereka tidak mencukupi terutamanya ibu-ibu yang tidak suka minum susu.

    Ini  jugalah yang berlaku kepada seorang ibu, Puan Ida Khairani yang mengalami sakit belakang yang kronik sampaikan nak angkat bayinya sendiri pun tak larat. Memang Mek ila dapat bayangkan perasaan sedih itu bila seorang ibu tidak berdaya untuk menjaga bayinya sendiri.

     

    Alhamdulillah keadaan ini tidak berpanjangan dan setelah mengenali Ostematrix, masalah ini bukanlah sesuatu yang mengganggu beliau lagi. Malah semasa mengandungkan anak seterusnya, beliau juga kekal aktif dengan pengambilan Ostematrix dan Vitamin Hamil yang lain. Itulah yang seorang ibu idamkan, kehamilan yang lebih sihat dan ceria.

    Tempuhi kehamilan yang sihat  dan hubungi Mek ila untuk konsultasi percuma.

    Salam sayang!!
    Mek ila

    (Visited 424 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Produk Shaklee

    Tags:

    2 thoughts on “Vitamin Untuk Meredakan Sakit Badan dan Lenguh Kronik Ketika Mengandung dan Menyusukan Anak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge