• Tempah T-Shirt Anak Yang Cantik di tshirtprintingterengganu.com

    Alkisahnya Group Shaklee Mek ila tengah mencari-cari supplier T-shirt untuk tempahan Tshirt group kami yang baru. Seperti biasa untuk mencari supplier tshirt yang best, murah dan menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan, pak Cik Google akan digunakan. Google punya google terjumpalah laman web tshirtprintingterengganu.com ini.

    printing tshirt

    Bila buka, nampak menarik pula blog ini. Bukan sahaja ianya dipenuhi dengan katalog tshirt yang cun-cun tapi pelbagai maklumat asas tentang pembuatan t-shirt turut disertakan. Maksudnya pembeli bukan sahaja dapat membeli tetapi sedikit sebanyak dapat mengetahui ilmu-ilmu basic tentang pembuatan T-shirt yang jarang kita dapat pelajari di tempat lain.

    Bahan Asas Cetakan Tshirt

    Bahan-Bahan Asas Untuk Mencetak T-Shirt

    Selain cetakan Tshirt- banyak juga perkhidmatan printing lain yang disediakan. Contohnya nak print sticker untuk dilekatkan di kotak atau pun di permukaan lain seperti di Gelas atau Shaker. Nak cetak cenderahati lain seperti cover bantal pun boleh. Memang comel sangat bantal ni sampai Mek ila mengidam nak tempahkan 1 sebagai hadiah bantal busuk Akmal yang baru.

    tempah bantal

    Hihi, ini sebagai satu strategi supaya Akmal tidak kekal dengan 1 bantal busuk selain tidak kisah mempunyai bantal-bantal yang lain. Tapi bantal peluk Akmal memang kena bentuk panjang supaya mudah dipeluk oleh si manja Mek ila ni.

    Tempahan sulam pun TshirtPrinting ada buat jugak. Jadi kalau nak tempah nama atau kartun yang comel-comel untuk anak pun boleh lah kan? Tapi yang paling Mek ila tertarik ialah tempahan baju Tshirt untuk anak-anak ni.

    tempah tshirt anakMemang nak sangat tempahkan satu untuk birthday Arif yang ke 5 tidak lama lagi. Maklumlah Arif nak bermacam-macam BoboiBoy dalam kek nya. Jadi kalau dapat Tshirt Boboiboy sekali yang ada namanya pasti Arif bertambah happy.

    Antara Contoh Tempahan Tshirt Kartun – Klik Sini

    Boboiboy_PNG

    Tema Kek Birthday Arif Tahun Ini

    Pendek kata banyak juga info berguna lain yang dikongsikan oleh blog ni. Contohnya macam mana nak cari pembekal tshirt yang dipercayai, macam mana nak mulakan perniagaan buat tshirt , bagaimana nak mendaftar dengan Kementerian Kewangan dan lain-lain lagi. Memang sangat bermanfaat terutamanya kepada peniaga-peniaga yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang Tshirt ini.

    tempah beg

    Tempahan Pelbagai Beg Juga Disediakan

    Oklah, Mek ila nak sambung baca blog ni lagi sambil fikirkan benda-benda lain yang nak ditempah di sini untuk anak-anak dan juga bisness. Maklumlah peniaga dan khidmat printing saling memerlukan untuk mengembangkan lagi perniagaan kita.

    Salam Sayang & Jumpa Lagi

    (Visited 305 times, 2 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    4 thoughts on “Tempah T-Shirt Anak Yang Cantik di tshirtprintingterengganu.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge