• Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Supaya Tetap Menawan Di Mata Suami

    Seronoknya bila mengandung dan selamat melahirkan bayi. Yang tak seronok pula ialah apabila ada sesetengah ibu yang susah nak turunkan berat badan selepas bersalin. Ada kawan Mek ila ni sampai takut nak mengandung lagi kerana katanya sedikit frust bila berat badan asyik bertambah. Setiap kali bersalin, setiap kali itu jugalah kena tukar baju 1 almari. Itu belum lagi bab kena tegur dengan rakan-rakan dan suami walaupun takdelah dikutuk secara terus. Memang sedih jugalah dibuatnya.

    Kenapa agaknya berat badan susah nak turun?

    Secara teori, wanita hamil akan mengalami perubahan berat badan secara semula jadi. Semasa hamil, perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk penghasilan susu ibu selepas melahirkan bayi. Salah satu sebab mengapa wanita sukar turun berat badan selepas bersalin ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Ini menyebabkan lemak yang terhasil tidak dapat digunakan dan kekal di dalam badan ibu tadi sebagai lemak.

    gemuk-selepas-bersalin-

    Takutnya kalau jadi begini!

     

    Tidak berpantang secara betul juga antara penyebab mengapa berat badan tidak turun sepenuhnya ketika berpantang. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah mengikuti amalan berpantang yang disyorkan seperti berurut, bertungku, memakai barut dan sebagainya. Mengikut pengalaman Mek ila sendiri,  amalan menyapu kapur beserta perahan air limau sebelum memakai barut memang sangat-sangat membantu untuk mendapatkan kembali perut yang kempis dan ramping. Cuma sedikit gatal tu yang buat tak tahan, memang kena bersabar lah sedikit ye!

    bengkung

    Pemakaian Bengkung beserta perahan air limau dan kapur selama 44 hari tanpa miss adalah salah satu tips berkesan untuk kembali mendapatkan perut yang ramping

     

    Selepas berpantang pula, ramai ibu-ibu yang tidak mengamalkan makanan seimbang. Dahlah makan secara berlebihan, aktiviti senaman juga tidak dibuat. Ini memang kenyataan sebab bila dah penat dengan tugas-tugas seharian dan jaga bayi, memang tiada masa nak bersenam atau beriadhah kan? Bila kalori yang berlebihan diambil berbanding yang akan digunakan setiap hari , ini juga antara penyebab mengapa ibu-ibu yang menyusukan bayi pun masih susah nak kurus. makan banyak

    So, apa tips nak kursus selepas bersalin ni?

    Tips1: Susukan Bayi Secara Ekslusif
    Susu ibu bukan sahaja bermanfaat untuk bayi tetapi amat baik untuk membantu ibuu-ibu membakar kalori dengan lebih cepat. Maka susukanlah bayi secara secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun. InsyaAllah, pasti berat badan mommy akan maintain dan tidak naik mendadak.


    Tips2: Minum Air Masak Yang Mencukupi.

    Air masak yang mencukupi bukan sahaja penting untuk penghasilan susu ibu tetapi membantu dalam melancarkan perjalanan darah dan membantu meningkatkan metabolisma tubuh ibu. Bila metabolisma meningkat, makin tinggi peluang ibu untuk kembali ramping. Nisbah air masak yang perlu diminum oleh ibu adalah 25kg/1 Liter. jadi kalau berat badan ibu 50kg, kenalah minum sekurang-kurangnya 2L air masak sehari.


    Tips 3: Amalkan Pemakanan Yang Seimbang dan Kaya Serat
    Ni tips yang paling mudah diikuti, amalkan makanan yang seimbang dan kaya serat. Kurangkan minuman bergula dan berais. Nanti Mek ila akan kongsikan lagi mengapa minuman berais dan bergula perlu dikurangkan bagi memastikan ibu-ibu cepat turun berat badan dan dapat berat badan yang ideal.

    Jika tips-tips di atas kurang berjaya, ibu-ibu juga bolehlah amalkan Set Berpantang Shaklee + Set Kurus. Yang istimewanya set ini bukan sekadar membantu ibu-ibu untuk kurus tetapi juga memberikan nilai kesihatan yang lebih baik terutamanya kepada ibu-ibu yang menyusukan anak. Boleh Pm Mek ila untuk bantuan lanjut.

    Sebelum berpisah, jom kita ikuti pengalaman Puan Salwa yang berjaya turun berat badan sebanyak 20kg selepas bersalin dan dalam masa yang sama tidak mengganggu penyusuan kepada bayinya.

    Memang seronok kan pengalaman beliau. Pembaca semua pun boleh tau.

    Salam Sayang;
    Mek ila

    (Visited 1,024 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: ,

    10 thoughts on “Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Supaya Tetap Menawan Di Mata Suami

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge