• 2 Sebab Kenapa Wanita Kena Pandai Memandu

    Haha, siapa sini wanita dan tidak tahu memandu? Kalau ditanyakan soalan ini 5 tahun dahulu, Mek ila adalah salah seorang yang termasuk dalam kategori ini.

    Sebenarnya bukan Mek ila tak ada lesen, tapi bab nak memandu tu memang sangat takut. Dahlah kurang yakin nak memandu kereta,  jenis yang tak mudah nak ingat jalan pun ye. Hihihi, bayangkan di awal perkahwinan dulu, rasanya dah lebih 100 kali berulang alik dari kediaman sendiri di Sungai Merab ke rumah  suami di Semenyih, namun masih tak dapat nak ingat jalan pergi dan balik dengan betul.

    bmwcars-sport

    Kalau dapat kereta sport yang cantik ni kan best. Pasti buat kita teruja nak memandu

    Bila dah berkahwin pula, kebanyakan suami tak bagi isteri drive bila mereka ada. Duduk je di sebelah dan temankan suami berbual-bual. Maka sudahnya memang ramai juga wanita yang tidak pandai memandu walaupun ada lesen kereta.


    Kenapa Wanita Perlu Tahu Memandu?

    Sebut pasal tak reti drive ni, ada seorang kenalan yang terpaksa berhenti kerja dan bekerja sendiri demi menjaga keharmonian rumahtangganya. Bukan apa, isterinya jenis yang tak pandai drive dan disebabkan tempat kerja mereka yang bertentangan arah, si suami tadi perlu menghantar isteri ke tempat kerja, anak-anak ke sekolah dahulu dan barulah beliau ke tempat kerja. Bila dah selalu lewat sampai ke pejabat dan asyik kena warning dengan majikan, tentulah si suami tadi pening. Akhirnya beliau pun ambil keputusan berhenti kerja dan kerja sendiri yang mana masanya lebih fleksible.

    Pening juga kalau begini kan? Jadi jom kita tengok kenapa wanita kena pandai memandu walaupun dah ada suami yang boleh menghantarnya ke sana dan ke mari.

     

    drive-safely

    Penting Untuk Waktu-Waktu Kecemasan
    Kita memang tidak dapat menduga bila waktu kecemasan akan tiba. Teringat kisah suami Mek ila yang dimasukkan ke wad hampir 2 bulan akibat jangkitan kuman. Bayangkan kalau Mek ila tidak tahu memandu, macam mana nak hantar anak ke sekolah? Macam mana nak lawat suami di hospital? Maklumlah di tempat Mek ila bukannya ada perkhidmatan bas macam di kawasan lain. Kalau nak naik teksi sekalipun, memang tidak praktikal nak naik teksi hari-hari kerana belanjanya yang mahal disebabkan jarak yang jauh.

     

    Hidup Ini Tak Selalunya Indah
    Sebab yang kedua ini memang sesuatu yang bukan kita harapkan. Namun sebagai wanita, kita perlu sentiasa bersedia dengan keadaan ini. Telah banyak kita baca kisah-kisah wanita yang kehilangan suami atau tempat pergantungannya disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kematian,perceraian dan sebagainya. Bila terjadi begini dan si isteri pula jenis yang bergantung sepenuhnya kepada suami untuk bergerak ke sana ke mari, tentulah kehidupan kita akan lebih sukar.

    Jadi, selagi masih ada peluang, marilah kita belajar memandu.

    pemanduan berhemah

    Memandu Sebenarnya Sesuatu Yang Menyeronokkan

     

    Bagaimana Nak Hilangkan Rasa Takut Untuk Memandu?
    Perasaan takut adalah sesuatu yang normal. Bukan hanya kita, orang lain juga begitu. Yang membezakan ialah orang lain itu mahu melawan ketakutan itu. Macam Mek ila dulu dipaksa rela juga oleh encik hubby. Memang menggeletar juga bila kali pertama drive di jalan raya. Rasa macam nak berhenti sahaja di tepi jalan.

    Jadi cara terbaik ialah dengan berazam untuk menghadapi ketakutan itu dan yakin bahawa kita boleh melakukannya. Lagipun, kita masih boleh belajar memandu melalui kelas memandu yang disediakan di sekolah memandu. Kalau yang masih belum ada lesen pula, memang perlu ke sekolah memandu untuk menghadiri kursus, belajar memandu dan ambil ujian praktikal sampai lulus untuk dapatkan lesen kereta.

    InsyaAllah, kita pasti boleh!

    (Visited 655 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    16 thoughts on “2 Sebab Kenapa Wanita Kena Pandai Memandu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge