• Al Fatihah Untuk Mangsa Nahas Helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kg Sungai Baru, Semenyih

    Al-Fatihah.

    Tragedi helikopter terhempas petang semalam di Semenyih memang mengejutkan penduduk Malaysia khususnya kami di Semenyih. Siren polis kedengaran setiap masa bermula petang hingga ke tengah malam. Malah Mek ila sekeluarga juga mengikuti dengan rapat berita-berita terkini nahas yang disiarkan di Televisyen terutamanya di Astro Awani.

    Jenazah mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih dibawa keluar dari lokasi kejadian. Sumber: BH Online

    Jenazah mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih dibawa keluar dari lokasi kejadian. Sumber: BH Online

    Helikopter ini membawa enam orang penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Helikopter ini dikatakan  terhempas di kawasan kebun getah di Kg Sungai Baru pada 4.55 petang semalam. Helikopter ini dikatakan bertolak dari bandar Pekan menuju ke Kuantan dan dari Kuantan helikopter ini terbang semula ke Lapangan Terbang Su­bang.

    Senarai mangsa nahas Helikopter AS365:

    1. Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis – Ahli Parlimen Rompin merangkap Pengerusi PR1MA
    2. Datuk Seri Azlin Alias – Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri
    3. Datuk Tan Huat Seang – Pengarah SP Baiduri / Ahli perniagaan dari Kedah
    4. Kapten Cliff William Fournier – Juruterbang warganegara Amerika Syatikat
    5. Koperal Razakan Seran – Pengawal peribadi Dr. Jamaludin Jarjis
    6. Aidana Baizieva – Pembantu juruterbang berasal dari Kazakhstan.

    lokasi nahas

    Gambar Lokasi Nahas

    Saksi yang melihat kejadian itu memberitahu pemberita bahawa helikopter itu meletup di udara sebelum terhempas, dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

    Al-Fatihah dan semoga semua ahli keluarga tabah dengan dugaan ini.

    (Visited 200 times, 1 visits today)

    Categories: Cerita Tentang Semenyih

    Tags:

    2 thoughts on “Al Fatihah Untuk Mangsa Nahas Helikopter di Jalan Sungai Lalang, Kg Sungai Baru, Semenyih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge