• Bahaya Asap Rokok Kepada Keluarga dan Anak-Anak Yang Wajib Kita Ketahui!!!

    Dalam entry-entry yang lepas, memang Mek ila ada menulis tentang bahaya merokok dan tips untuk berhenti merokok.

    Namun, Mek ila percaya andai tiada semangat dan kesungguhan, berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Apatahlagi merokok juga dikaitkan dengan ketagihan. Maklumlah dalam rokok ada Nikotin yang kesannya sama seperti heroin atau kokain yang membuatkan perokok ketagih dengan rokok.

    Bahaya Third Hand Smoking

    Namun mana tahu kan, apabila  mengetahui bahaya rokok kepada anak-anak dan keluarga, mungkin makin terbuka hati kita untuk berhenti merokok.  Ini kerana secara tidak sedar, seorang perokok telah meracuni keluarga dan rakan-rakan melalui Second Hand Smoke dan Third Hand Smoke.

    Bahaya Perokok Pasif

    Merokok Membuatkan Keluarga Kita Menjadi Perokok Pasif dan Terdedah Kepada Second Hand dan Third Hand Smoke

     

    Perokok Pasif @ Second Hand Smoke
    Second Home Smoke (SHS) ni adalah asap rokok yang dihembus oleh Perokok. Apabila anak-anak dan keluarga menyedut SHS atau berada dekat dengan orang yang merokok, bahaya yang menanti mereka adalah sama seperti sedang MENGHISAP ROKOK.

    Pendedahan ahli  keluarga terhadap SHS amat merbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada Kematian.

    Malah, tanggapan bahawa membuka tingkap dan kipas semasa merokok atau merokok semasa orang lain tiada di rumah mampu mengurangkan kemudharatan terhadap orang lain adalah SALAH, ini kerana mereka masih terdedah kepada Third Hand Smoke.

    Quitting-for-family

    Antara Bahaya Second Hand Smoke Kepada Isteri dan Anak-Anak

    • Wanita hamil yang terdedah kepada SHS boleh menyebabkan berlakunya KEMATIAN MENGEJUT pada bayi yang dikenali sebagai infant death syndrome (SIDS).
    • Kanak-kanak yang terdedah pada SHS lebih berisiko mengalami masalah pernafasan, asma dan jangkitan pada telinga.
    • Kekurangan berat badan dan masalah paru-paru kepada bayi yang baru dilahirkan.
    • Ahli keluarga mudah diserang batuk dan selsema.

    Bahan-bahan yang ditemui di dalam SHS juga mengandungi KARSINOGEN iaitu bahan yang mampu menyebabkan kanser. Jadi tidak pelik jika pada zaman ini semakin ramai pesakit yang menghidap kanser .

    Bahaya Perokok Pasif 1

    Bahaya Second Hand Smoke Kepada Keluarga Adalah Sama Bahayanya Seperti Mereka Juga Menghisap Rokok


    Peroko
    k Pasif @ Third Hand Smoke

    Third Home Smoke pula merujuk kepada bahan-bahan kimia yang tertinggal atau melekat pada mana-mana permukaan yang terdedah dengan asap rokok seperti pakaian, rambut, kulit, perabot, selimut, alat permainan, tempat duduk dalam kereta dan sebagainya.  Malah tempoh masa THS ini  juga boleh tahan berbulan di permukaan ini jika ianya tidak dicuci.  THS juga mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan mereka yang menyentuhnya.

    Bayangkan jika ada ahli keluarga yang merokok di luar, masuk ke dalam rumah dan kemudiannya menyentuh anak-anak kita? Tidak mustahil anak-anak kita juga terdedah kepada bahaya THS ini. Nampak seperti tidak masuk akal, namun itulah hakikatnya yang berlaku tanpa kita sedari.

    Paling terkesan, bila Mek ila membaca tentang tanggungjawab Ibu Bapa dalam penjagaan kesihatan anak-anak mereka.

    Jangan biarkan perokok merokok di dalam rumah atau di dalam kereta. Jangan biarkan sesiapa merokok berhampiran anak-anak.

    Tanggungjawab Ibu Bapa

    Sebagai ibu bapa, kitalah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka. Namun, kalau kita sendiri yang merokok, mampukah kita menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya?

    Inginkan Vitamin Yang Membantu Menghilangkan Ketagihan Merokok? Hubungi Mek ila hari ini.

    rokok3

    (Visited 550 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    5 thoughts on “Bahaya Asap Rokok Kepada Keluarga dan Anak-Anak Yang Wajib Kita Ketahui!!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge