-
Bahaya Asap Rokok Kepada Keluarga dan Anak-Anak Yang Wajib Kita Ketahui!!!
Dalam entry-entry yang lepas, memang Mek ila ada menulis tentang bahaya merokok dan tips untuk berhenti merokok.
Namun, Mek ila percaya andai tiada semangat dan kesungguhan, berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Apatahlagi merokok juga dikaitkan dengan ketagihan. Maklumlah dalam rokok ada Nikotin yang kesannya sama seperti heroin atau kokain yang membuatkan perokok ketagih dengan rokok.
Namun mana tahu kan, apabila mengetahui bahaya rokok kepada anak-anak dan keluarga, mungkin makin terbuka hati kita untuk berhenti merokok. Ini kerana secara tidak sedar, seorang perokok telah meracuni keluarga dan rakan-rakan melalui Second Hand Smoke dan Third Hand Smoke.
Merokok Membuatkan Keluarga Kita Menjadi Perokok Pasif dan Terdedah Kepada Second Hand dan Third Hand Smoke
Perokok Pasif @ Second Hand Smoke
Second Home Smoke (SHS) ni adalah asap rokok yang dihembus oleh Perokok. Apabila anak-anak dan keluarga menyedut SHS atau berada dekat dengan orang yang merokok, bahaya yang menanti mereka adalah sama seperti sedang MENGHISAP ROKOK.Pendedahan ahli keluarga terhadap SHS amat merbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada Kematian.
Malah, tanggapan bahawa membuka tingkap dan kipas semasa merokok atau merokok semasa orang lain tiada di rumah mampu mengurangkan kemudharatan terhadap orang lain adalah SALAH, ini kerana mereka masih terdedah kepada Third Hand Smoke.
Antara Bahaya Second Hand Smoke Kepada Isteri dan Anak-Anak
- Wanita hamil yang terdedah kepada SHS boleh menyebabkan berlakunya KEMATIAN MENGEJUT pada bayi yang dikenali sebagai infant death syndrome (SIDS).
- Kanak-kanak yang terdedah pada SHS lebih berisiko mengalami masalah pernafasan, asma dan jangkitan pada telinga.
- Kekurangan berat badan dan masalah paru-paru kepada bayi yang baru dilahirkan.
- Ahli keluarga mudah diserang batuk dan selsema.
Bahan-bahan yang ditemui di dalam SHS juga mengandungi KARSINOGEN iaitu bahan yang mampu menyebabkan kanser. Jadi tidak pelik jika pada zaman ini semakin ramai pesakit yang menghidap kanser .
Perokok Pasif @ Third Hand SmokeThird Home Smoke pula merujuk kepada bahan-bahan kimia yang tertinggal atau melekat pada mana-mana permukaan yang terdedah dengan asap rokok seperti pakaian, rambut, kulit, perabot, selimut, alat permainan, tempat duduk dalam kereta dan sebagainya. Malah tempoh masa THS ini juga boleh tahan berbulan di permukaan ini jika ianya tidak dicuci. THS juga mengandungi bahan-bahan kimia yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan mereka yang menyentuhnya.
Bayangkan jika ada ahli keluarga yang merokok di luar, masuk ke dalam rumah dan kemudiannya menyentuh anak-anak kita? Tidak mustahil anak-anak kita juga terdedah kepada bahaya THS ini. Nampak seperti tidak masuk akal, namun itulah hakikatnya yang berlaku tanpa kita sedari.
Paling terkesan, bila Mek ila membaca tentang tanggungjawab Ibu Bapa dalam penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
Jangan biarkan perokok merokok di dalam rumah atau di dalam kereta. Jangan biarkan sesiapa merokok berhampiran anak-anak.
Sebagai ibu bapa, kitalah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka. Namun, kalau kita sendiri yang merokok, mampukah kita menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya?
Inginkan Vitamin Yang Membantu Menghilangkan Ketagihan Merokok? Hubungi Mek ila hari ini.
(Visited 1,282 times, 1 visits today)Hati-Hati Dengan Status di Facebook! 2 Sebab Kenapa Suami Kena Belikan Isteri Alfafa
5 thoughts on “Bahaya Asap Rokok Kepada Keluarga dan Anak-Anak Yang Wajib Kita Ketahui!!!”
Leave a Reply to Hero Borneo Cancel reply
Bahaya Asap Rokok Kepada Keluarga dan Anak-Anak Yang Wajib Kita Ketahui!!!
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
memang bahaya asap rokok kepada keluarga, org awam terutamanya kanak-kanak.. kita yg menghidunya lebih berisiko untuk dapat sakit berbanding perokok..
Ibu Haikal Haezhal recently posted…Jom Kenali Tubuh Bayi Baru Lahir
Kan Ibu Haikal, itu lah bahaya yang datang tanpa kita sedari, malah yang merokok juga mungkin tidak tahu tentang perkara ini.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Rawatan Alternatif Demam Denggi Tanpa Ubat
asap rokok memang bahaya untuk pengguna sekunder.
titan recently posted…Gua bukan Ahli Nujum Negara macam Pak Belalang.
perkara inilah yang selalu merisaukan saya sebenarnya..hu.hu..
Hero Borneo recently posted…Cara Meningkatkan Ghairah Menulis Blog
saya tetapkan kawasan rumah ialah kawasan larangan merokok hihihi kalau nak merokok, sila ke luar rumah
Mama Hantek recently posted…Kenapa ibu hamil mudah pitam?