• Bila Motor Kapcai Race Dengan Motor Besar

    Kadang-kadang memang bertuah bila dapat saksikan peristiwa yang jarang-jarang terjadi di depan mata kita. Kisahnya semasa jalan-jalan di Cameron Highland minggu lepas, lalulah sekumpulan geng-geng motor besar dihadapan kereta yang dipandu suami.  Memang  happening sebab masing-masing berpakaian lengkap dengan aksesori dan baju motor yang berwarna warni.

    motor racing

    Gambar Ihsan Google

    Tiba-tiba datang sebuah motor kecil aka motor kapcai yang cuba melintasi penunggang yang terakhir.  Style nya memang macam ajak berlumba. Apa lagi motor besar tadi pun memecut dengan gaya seorang racer. Badan pun dinaikkkan ala-ala nak berdiri.

    Agak-agaknya siapa yang menang ?

    Kalau ikut logik memanglah motor besar kan tapi tanpa disangka-sangka motor kapcai tadi berjaya memotong  motor besar tadi dengan penuh gaya. Paling sempoi bila penunggang motor kapcai bawak motor dengan relax je manakala yang bawak motor besar pula yang memecut lebih.

    motor kapcai

    Hihi, memang tergelak kami sekeluarga. Sayang sekali Mek ila tak pegang camera time tu. Kalau tak pasti dah tangkap gambar perlumbaan yang menarik ini.

    Sebelum kes kena jangkitan  kuman dulu, Husband Mek ila memang bawak motor besar juga, jadi saje lah mengusik dia. Apa agaknya rasa kalau peristiwa tadi tu terjadi padanya. Sambil tergelak , husband Mek ila pun kata “ Memang tercabar la rasa bila  bawak motor besar tapi boleh kalah”.

    Haha, agaknya inilah dialog dalam hati penunggang motor kapcai dan motor besar tadi.

     Motor kapcai: Fuyoo, aku  menang. Yes! Yes! Yes!

    Motor besar: Kureng betul. Buat malu aku je. Jangan ada yang nampak sudah!

    shy

    Hihi, jadi kesimpulannya: walaupun tak berkaitan sangat dengan kisah ni,

    Jangan sesekali kita pandang rendah pada kemampuan orang lain. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan  kita mampu berjaya dengan cara yang berbeza.

    (Visited 502 times, 1 visits today)

    Categories: Motivasi, Umum

    Tags:

    3 thoughts on “Bila Motor Kapcai Race Dengan Motor Besar

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge