• Cara Mudah Kira Tarikh Bersalin

    Memang seronok bila kita telah disahkan hamil. Alhamdulillah, moga-moga kehamilan kita selamat hingga ke penghujungnya. Bagi yang nak buat surprise kepada suami tentang kehamilan ini, bolehlah cuba idea kreatif ini.

     

    A calendar with the date 15 circled asking Are You Ready to illu

     

    Soalan yang paling biasa ditanya kepada ibu yang hamil ialah “ Bila nak bersalin ni? Bersalin bulan berapa?

    Biasanya kalau kita dah buat buku pink di Klinik Kesihatan , di buku akan ditulis:

    LMP       : Last Menstrual Period. LMP merujuk hari pertama kedatangan period kita yang terakhir.
    EDD        : Estimated Due Date. EDD merujuk kepada tarikh jangkaan bersalin.

    Jadi mudahlah kita nak jawab soalan tadi sekiranya dah ada buku pink ni. Namun bagi yang belum lagi membukanya , ada 1 cara mudah untuk mengira EDD ini.

    Kira EDD guna kaedah Naegle
    Untuk kaedah ini, adalah penting untuk ibu-ibu mengingati tarikh LMP mereka. Jika tiada LMP ni, memang tak boleh nak kira EDD.

    EDD

    Fakta ->> Katalah hari ini ialah 20 April 2015
    LMP ->> Hari pertama period terakhir mommy ialah pada bulan lepas iaitu 14 Mac 2015. Hari pertama period tau, bukan hari terakhir.

    Cara Kira Mudah
    (Tambah 9 bulan dan 7 hari kepada tarikh 14 Mac 2015)

    Tambah 9 bulan dan 7 hari  kepada 14 Mac 2015 menjadikannya 21 Disember 2015.

    Jadi jangkaan EDD kita ialah 21 Disember 2015.

    Pengiraan tarikh di atas adalah mudah kerana hari pertama period dan tahun semasa apabila ditambah tidak melangkaui bulan dan tahun semasa.

    thinking

    Mek ila bagi contoh yang lebih sukar sedikit pula ye.

    Katakan LMP ialah 28 April 2015
    Tambah 9 bulan dan7 hari akan menjadikannya 35 hari dan  13 bulan. Ini dah terlebih hari dan bulan, jadi kita pindahkan sahaja kepada pengiraan yang tepat.

    35 hari adalah lebih kurang 1 bulan dan 5 hari. 1 bulan yang lebih ini kita tambahkan kepada 13 menjadi 14 bulan. 14 bulan dalam calendar adalah bulan Februari.

    Jadi EDD kita ialah 5 haribulan Februari 2016.

    Hihi, jangan pening tau. Mengira dan belajar semasa mengandung dikatakan boleh menjadikan bayi yang dilahirkan menjadi lebih bijak.

    logo

    Cara Paling Mudah
    Cara paling mudah untuk mengira walaupun kurang adventure ialah menggunakan Calculator EDD yang banyak di Internet. Antaranya ialah kalkulator ini. Pengiraan calculator ini lebih tepat kerana ia mengira bilangan hari yang betul bagi setiap bulan. Pengiraan menggunakan kalkulator ini memang berbeza 3-5 hari daripada pengiraan secara manual.

     

     

     

    ultrasound

    Walaupun EDD diberikan, jangan bimbang jika EDD yang dikira semasa proses scan bayi adalah sedikit berbeza.

    Ada yang tanya dalam rekod saya dah 26 minggu tapi bila di gambar ultrasound tertulis 24 minggu.

    Pengiraan EDD di mesin ultrasound adalah mengikut saiz fetus semasa di scan. Dalam erti kata lain kalau genetik kita jenis yang comel, saiz kandungan juga mungkin sedikit comel. Kalau kita bersaiz besar pula, kemungkinan saiz bayi juga sedikit besar. Namun yang pasti kebanyakan pakar akan melihat kepada LMP sebagai rujukan utama kecualilah ibu tadi mempunyai masalah period yang tidak tetap atau tidak dapat mengingati tarikh period terakhirnya.

    Pengiraan di Hospital Government dan Private juga mungkin berbeza 1 -2 hari ++. Ini memang Mek ila alami semasa mengandungkan Akmal dahulu. Masing-masing ada alasan yang tersendiri yang boleh diterima.

    EDD cumalah jangkaan tarikh bersalin. Dikatakan hanya 10% daripada ibu hamil yang menepati EDD tersebut. Kebanyakan yang lain akan bersalin sekitar awal 2 minggu EDD sehingga lewat 2 minggu daripada EDD. Pakar perubatan biasanya akan mengawasi dan memerhatikan sekiranya ibu-ibu perlu diberikan bantuan untuk proses kelahiran nanti.

    newborn baby

    Tak sabar nak menunggu kehadiran si comel ini!

    Mudah-mudah kehamilan kita selamat hingga ke penghujungnya. Nak kekal sihat dan cergas semasa mengandung? Jom dapatkan Set Kehamilan Shaklee yang bukan sahaja lengkap untuk penjagaan kesihatan ibu tetapi juga untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada bayi di dalam kandungan. Pastikan juga ibu-ibu jaga pemakanan dan elakkan makanan-makanan ini ketika hamil.

    (Visited 5,882 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    5 thoughts on “Cara Mudah Kira Tarikh Bersalin

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge