• Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu

    Seringkali kita mendengar bahawa bayi perlu disendawakan selepas menyusu. Ini kerana apabila bayi menyusu, bayi juga akan turut menelan udara. Jika dibiarkan, bayi mungkin mengalami kembung perut atau termuntahkan kembali susu. Oleh yang demikian, amat penting untuk kita sendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Proses sendawa ini juga mampu mengelakkan bayi daripada tersedak susu.

    Cute Baby

    Cara Mudah Sendawakan Bayi

    Bagi yang baru bergelar ibu, memang agak kekok sedikit untuk melakukan proses ini. Mek ila juga begitu, hihi. Risau si comel ini akan sakit pun ye. Sebenarnya proses ini tidak menyakitkan malah melegakan bayi. Macam orang dewasa juga, kita akan rasa lega bila sendawa dan mengeluarkan angin.

    Cara Sendawakan Bayi

    Teknik Sendawakan Bayi – Pa&Ma

     

    Sendawakan Bayi Baru Lahir

    Cara 1 dan 2 seperti di gambar amat sesuai digunakan untuk sendawakan bayi yang baru lahir. Letakkan bayi di posisi satu atau dua dan seterusnya gosok atau tepuk lembut belakang bayi untuk membolehkan bayi sendawa,

    Sendawakan Bayi Baru Lahir

    Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

     

    Sendawakan Bayi Yang Lebih Besar

    Bagi bayi yang lebih besar, cara yang ke 3 ini boleh digunakan. Biasanya kaedah ini digunakan bila bayi telah pandai duduk.

    Sendawakan Bayi Lebih Besar

    Cara Sendawakan Bayi Lebih Besar

     

    Sampai Bila Nak Kena Sendawakan Bayi Ni?

    Biasanya proses ini akan mengambil masa antara 1- 5 minit bergantung kepada bayi. Jangan risau jika bayi yang lebih besar tidak sendawa selepas beberapa minit, ini kerana bayi mungkin telah menjadi lebih bijak dan tidak menelan udara yang berlebihan ketika menyusu.

    Disarankan juga untuk kita sendawakan bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6-9 bulan yang pertama. Lebih bagus jika tempoh tersebut dipanjangkan sehingga bayi berumur setahun atau lebih. Bayi yang telah pandai berdiri sendiri dan bergerak biasanya akan mula pandai sendawa sendiri tanpa bantuan daripada kita.

    (Visited 29,218 times, 18 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: ,

    4 thoughts on “Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge