• Jom Buat Memory Card Untuk Anak

    Alkisahnya tengahari tadi Mek ila terbaca blog Adlil Rajiah, seorang ibu muda aka blogger yang rajin berkongsi dan menulis tentang tips-tips parenting. Sebenarnya dah pernah nampak link blog ini  sebelum ini tetapi tak pernah lagi membukanya hinggalah ke hari ini. Salam Perkenalan ye Jiji!

    house

    Entry terkini Jiji adalah berkenaan dengan Memory Game yang sesuai dimainkan bersama anak-anak terutamanya bagi mengelakkan tumpuan mereka terhadap gadjet. Mek ila memang suka tips sebegini maklumlah ni boleh dijadikan satu aktiviti yang menarik terutamanya dengan Arif dan Akmal. Selain main giant bubblekinetic sand, berkebun dan permainan kanak-kanak zaman dulu yang lain bolehlah kita main memory game pula kan.

    So entry kali ni, Mek ila nak share cara-cara buat Memory Card ini. Versi Mek ila yang agak simple sebab tak sabar nak siapkan dan main dengan Arif nanti.

    Cara-cara Buat Memory Card
    1. Buka Microsoft Word.
    2. Buatkan 12 kotak empat segi sama menggunakan “Insert Text Box”. Kiranya 12 kotak ini muat-muat dalam 1 kertas A4 apabila dicetak nanti.

    Insert Text Box

    3. Dah selesai buat kotak, bolehlah kita google gambar-gambar yang comel dan disukai oleh anak. Bila dah jumpa bolehlah copy & paste kan gambar-gambar ini ke dalam kotak. Oleh kerana memory game memerlukan 2 gambar yang sama, 12 kotak hanya memerlukan 6 jenis objek daripada kategori yang sama. Contohnya Mek ila buat kategori buah-buahan, jadi Mek ila perlu pilih 6 jenis buah sahaja.

    fruit

    4. Bila dah selesai kategori buah ni, bolehlah kita buat kategori lain pula. Untuk kali ini Mek ila buat 4 kategori sahaja iaitu Buah-buahan, Kenderaan, Haiwan dan Barangan Rumah.

     

    animal5. Bila dah selesai,  bolehlah cetak gambar  ini  menggunakan kertas sticker.
    6. Kemudian  tampalkan kertas yang telah dicetak ini ke atas kertas yang tebal.

    Tampal Atas Kertas Tebal
    7. Gunting gambar-gambar ini  mengikut saiz kotak
    8. Labelkan belakang gambar untuk memudahkan penyimpanan memory card mengikut kategori.

    Labelkan Belakang Gambar Mengikut Kategori

    Dah siap ni bolehlah main dengan Arif malam nanti. Mudah-mudahan Arif suka. Tunggu!!!

    Memory Card Arif Versi Mek Ila

    p/s: kalau pembaca nak dapatkan fail Word Memory Card yang Mek ila dah buat ni, jangan malu-malu untuk tinggalkan emel di ruangan komen ye.

    (Visited 199 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    5 thoughts on “Jom Buat Memory Card Untuk Anak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge