• 3 Sebab Kenapa Tak Boleh Marah Anak Selalu

    “Ibu ni, asyik marah je”, begitulah luahan hati Arif pada Mek ila suatu masa dulu. Terkedu juga mendengarnya. Rasanya Mek ila ni jenis yang penyabar juga dengan anak-anak. Marah tu ada jugalah, tapi cuma sesekali.

    Setelah diam seketika , Mek ila bertanya pula. Bila masa ibu marah Arif? Lalu Arif pun bercerita 1-2 peristiwa yang berlaku.

    Oh, itu ibu bukan marah. Ibu tegur je. Tau tak kenapa ibu tegur? “Kenapa ibu”?, tanya Arif semula. Ibu tegur sebab ibu sayangkan Arif. Kalau ibu tak tegur, Arif tak tahu perbuatan Arif tu salah. Jadi ibu tegur Arif sebab ibu tak nak Arif buat salah. Faham tak sayang?

    Ooo, balas Arif panjang. Biasanya perbulan sebegini akan berpanjangan kerana Arif akan bertanya sampai beliau betul-betul faham.

    Marah Anak

    Bagi kanak-kanak seusia Arif, mungkin masih belum dapat membezakan sepenuhnya sama ada ianya teguran atau pun kena marah. Baginya kedua-dua perkara itu adalah sama. Maklumlah kita yang ibu bapa ni pun kadang-kadang kata je tegur tapi dalam nada yang seperti marah. Maka, kita juga perlu bijak menangani situasi sebegini dan bertanggungjawab untuk mengajar mereka membezakan 2 perkara ini.

    Dalam contoh yang lain, kita juga boleh menyampaikan pada anak apabila kita menegur atau marahkan sesuatu, itu bukanlah bermaksud kita tidak sayang, kita tetap sayangkan mereka , yang ditegur atau pun yang tidak disukai tadi adalah perbuatan yang salah tadi.

     

    Kenapa Tak Boleh Marah Anak Selalu?


    Mudah sahaja jawapannya, bila kita selalu marah ianya telah menjadi kebiasaan dan tiada nilainya di sisi anak-anak. Bak kata orang dah lali kena marah – masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukan hanya anak-anak sahaja, kita yang dewasa pun begitu, akan lali dengan kemarahan jika telah selalu menghadapinya.

    control emotions

    Jadi mama dan papa, kawallah perasaan marah itu. simpan kemarahan itu untuk sesuatu yang lebih ekslusif. Sebagai contoh mungkin kita terlihat anak bermain dengan pisau – sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Ini sesuatu yang sangat membahayakan kerana anak mungkin boleh tercedera. Jadi bolehlah kita marah sedikit. Secara tidak langsung anak akan terus memahami bahawa perkara itu sangat bahaya hingga dimarahi oleh ibu bapanya.

    Loving mommy

    Sikap marah-marah juga akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Ini  kerana anak-anak adalah cermin kepada perlakuan ibu bapanya. Mereka juga amat mudah meniru perkara-perkara yang berlaku di depan mata. Jangan terkejut kalau suatu masa nanti anak kita akan memarahi orang lain sebagaimana dia dimarahi.

    Anak yang selalu dimarahi juga bakal membesar dalam situasi yang kurang keyakinan diri, mudah memberontak dan mungkin juga akan bertindak nakal di luar rumah sebagai tanda protes.

    Doa Mek ila, agar kita ibu bapa sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kita, Amin!

    Jom Baca: 20 Kesalahan Tanpa Sedar Dalam Mendidik Anak.

    (Visited 963 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak, Motivasi

    Tags: ,

    5 thoughts on “3 Sebab Kenapa Tak Boleh Marah Anak Selalu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge