• Kisah Sedih Bila GST Gagal Mansuhkan Cukai Perkhidmatan 10% tetapi Menambahkan Lagi 6% extra GST Ke Atas Cukai 10% Itu

    Topik hari ini masih lagi berkisar tentang GST. Sebenarnya Mek ila bukanlah menentang pelaksanaan GST, namun tertarik hati untuk berkongsi kisah di mana pengguna semakin terbeban apabila tambahan 6% dikenakan lagi ke atas servis perkhidmatan 10% sedia ada yang sepatutnya digugurkan  selain 6% cukai GST sedia ada.

    Alkisahnya hari ini seorang rakan baik Mek ila belanja Mek ila makan di Kenny Rogers. Sebelum pelaksanaan GST Mek Ila sendiri mendengar ucapan Menteri apabila GST dilaksanakan ianya akan menghapuskan cukai-cukai lain yang lebih tinggi. Malah turut memberi contoh:  kalau kita makan di kedai tertentu kita akan dikenakan cukai sebanyak 15% di mana 5 % adalah Cukai Kerajaan dan 10% adalah Cukai Perkhidmatan. Ini biasanya berlaku di restoran makanan segera seperti di Secret Receipe dan Kenny Rogers. Namun tidak pastilah pula kalau-kalau Mek ila tersalah dengar pula kan?

    Jadi bila kawan nak belanja makan, Mek ila cuma terfikir yang mungkin harga makanan akan lebih murah bila hanya GST sebanyak 6% dikenakan. Sayangnya ia cumalah harapan indah bila sebenarnya cukai perkhidmatan 10% tersebut masih dikenakan + tambahan 6% lagi ke atas cukai 10% tersebut.

    Jom kita tengok dan buat kiraan matematik ye 🙂

    GST Makin Membebankan

    Harga Menu Kenny’s Quarter Meals adalah RM19.50 tetapi di bil tertera harga RM22.74
    Mana datangnya extra RM3.24 sen ini?

    6% daripada RM19.50: RM1.17
    10% daripada RM19.50: RM1.95, total keduanya termasuk harga makanan cuma RM22.62 sen
    6% extra GST daripada RM1.95: 0.117

    Total ketiga-tiga cukai ini adalah : RM3.237 dibundarkan menjadi RM3.24 sen. Maka kerana itulah harga Menu selepas cukai adalah RM22.74 sen.

    Sebagai pengguna, Mek ila rasa ia akan lebih membebankan pengguna. Kata pekeja restoran mereka masih berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan kerana ianya tidak dihalang oleh Kerajaan. Dalam erti kata lain, kalau nak makan di sina, silalah faham bahawa caj perkhidmatan 10% itu masih ada + pengguna perlu bayar lagi extra 6% tersebut ke atas caj perkhidmatan selain 6% GST sedia ada.

    Mengapa kedai-kedai makanan ini masih lagi ingin mengenakan caj Perkhidmatan 10% walaupun restoran lain yang tidak kurang mahalnya tidak pula mengenakan bayaran caj perkhidmatan ini?

    Bila jadi begini, teringat pula caj perkhidmatan Touch n Go jika digunakan untuk membayar parking. Jika dulu hanya extra RM0.20 sen dikenakan + harga Parking, sekarang caj tersebut menjadi RM0.21 sen. Bila 6% GST dikenakan kepada RM0.20 sen tadi, totalnya adalah RM0.212. Di Malaysia ni rasanya dah tiada lagi penggunaan 1,2,3 atau 4 sen. Semuanya dah dibundarkan kepada perpuluhan terhampir malah duit 1 sen pun dah tiada lagi.  Dalam kes ini, tidak pula 1 sen itu dibundarkan.

    Apa kata SURVEY?

    (Visited 132 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    6 thoughts on “Kisah Sedih Bila GST Gagal Mansuhkan Cukai Perkhidmatan 10% tetapi Menambahkan Lagi 6% extra GST Ke Atas Cukai 10% Itu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge