• Mengapa Ibu Menyusu Mudah Rasa Lapar dan Tips Mudah Mengatasinya

    Menyusukan bayi bukanlah sesuatu perkara yang mudah namun dengan ada ilmu dan keazaman ianya sesuatu yang tidak mustahil untuk dilaksanakan. Alhamdulillah kedua-dua permata hati Mek ila ini berjaya menamatkan  2 tahun penuh penyusuan walaupun begitu banyak cabaran yang dilalui di sepanjang perjalanan penyusuan itu.

    arif adik 2

    Dua orang budak kecik yang susah nak diambil gambarnya 🙂

    Sebut pasal menyusu ini, jangan risau jika ibu-ibu mudah merasa lapar dengan cepat ketika menyusukan anak. Jangan tak tahu, ketika berpantang dulu Mek ila pernah bangun makan biskut dan minum milo pada jam 12.00 malam kerana rasa kelaparan yang amat.

    Ramai ibu-ibu menyusu merasa lapar lebih daripada biasa. Ini sesuatu yang normal kerana badan kita akan berfungsi sepanjang masa untuk menghasilkan susu. Sebagai panduan, kebanyakan wanita yang sedang menyusukan akan memerlukan kira-kira 200 hingga 500 kalori lebih daripada ibu lain.

     

    Bagaimana Nak Atasi Masalah Lapar ini?

    Ibu menyusu disarankan untuk makan  secara kerap dalam bentuk hidangan yang ringan atau kecil. Ianya adalah adalah cara yang baik untuk menghilangkan rasa lapar dan membekalkan tenaga kepada badan.

    Antara makanan ringan yang sesuai dimakan ialah seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran segar dan snek berkhasiat lain seperti biskut, yogurt, sandwich dan sebagainya.

    Ibu menyusu juga digalakkan untuk mengambil  air masak yang mencukupi bagi mengekalkan bekalan susu harian. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 12 gelas air sehari dan ianya juga boleh dipelbagaikan. Selain air masak, ibu-ibu juga boleh minum jus buah-buahan, air kurma,  air longan dan susu soya tanpa gula. Ini akan membantu badan kita untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi.

     

    Bonding

    InsyaAllah dalam beberapa ketika, badan kita akan mula menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Maksudnya walaupun kita masih terasa lapar, namun tidaklah sampai perlu bangun untuk makan di tengah-tengah malam lagi.

    Makan makanan yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan ringan atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Pastikan pengambilan makananan harian ini membekalkan zat yang mencukupi kepada kita. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ramai ibu menyusu yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi.

    Breastfeeding Food

    Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim  yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, ibu yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

    Paling istimewa, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Ini bermakna ibu menyusu membakar kalori yang lebih dan lebih mudah kurus berbanding ibu yang lain. Namun pastikan agar kalori tambahan yang diambil tidak melebihi kalori tambahan yang diperlukan tadi ye!!

    Ingin mendapatkan vitamin yang bersesuaian untuk ibu menyusu? Jom hubungi Mek ila

    (Visited 2,424 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: ,

    8 thoughts on “Mengapa Ibu Menyusu Mudah Rasa Lapar dan Tips Mudah Mengatasinya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge