• Misi Mendapatkan Air Kelapa Muda Fresh dan Tanpa GST

    Haha, banyak je tajuk GST je sekarang ni kan? Walaupun kadang-kadang kandungan entrynya sedikit pun tak cerita tentang GST.

    Pembaca semua suka minum air kelapa? Biasa kita beli di kedai atau di tepi-tepi jalan je kan. Tapi kalau tanam pokok kelapa sendiri pun best juga. Berbudi pada tanah memang banyak manfaatnya. Part paling seronok adalah semasa menikmati hasilnya. Boleh main petik dan makan bila-bila diperlukan. Buah-buahnya pun sentiasa segar dan tanpa bahan kimia.

    buah kelapa

    Nampak cantik je buah kelapa kuning ni

     

    Bila tengok buah kelapa kuning ni buat Mek ila teringin nak menikmati air kelapa muda dan isinya yang lembut. Jadi bermulalah misi baru kelmarin.  Walaupun Mek ila ni perempuan, jangan tak caya Mek ila pandai juga mengopek buah kelapa hihihi. Setakat nak dapatkan air dan isinya itu sangat ‘enteng’ walaupun mungkin sentuhannya tak sekemas  abang yang jual air kelapa di tepi jalan tu. Oleh sebab belajar kopek kelapa pun secara tak formal, jangan gelak kalau ayat-ayat yang digunakan pun kelakar juga.

    Misi Bermula
    Antara peralatan yang diperlukan untuk misi ini ialah
    1. Parang yang tajam
    2. Bekas air
    3. Sudu
    4. Suratkhabar lama – supaya senang nak kumpulkan kulit-kulit kelapa nanti.

    Cara-Cara

    1. Pakuk – (betulkah ayat ini? hihi) keliling buah kelapa sedikit demi sedikit hingga nampak tempurung kelapa

    hasil kopekan

    2. Bila dah sampai part tempurung tu, teruskan pakuk dengan lembut di bahagian tengah tempurung untuk buat lubang bagi mengeluarkan air kelapa. Kalau pakuk dengan kuat nanti air kelapa akan terpancut keluar dengan banyaknya.

    hasil kopekan 2

    3. Setelah buat lubang, ambil bekas air, letakkan di bahagian atas tempurung yang dah berlubang tadi dan terbalikkan buah kelapa ke bawah untuk  mengeluarkan air kelapa.tadah airnya

    4. Bila dah selesai, bolehlah belah pula buah kelapa tadi.

    belah dua

    5. Ambil sudu dan koreklah isi kelapa tadi. Dalam kes Mek ila ni, isi kelapa ni masih terlalu lembut. Kiranya kena tunggu dalam 2 minggu lagi, barulah sesuai untuk dikendurikan semula beramai-ramai oleh seisi keluarga.

    isi kelapa

    Isi kelapa yang masih lembut

     

    Hihi, jadi kalau kat rumah pembaca semua ada buah kelapa, jangan segan-segan nak menikmati air dan isinya yang sedap itu. Kalau tak pandai  kopek, bolehlah perhatikan cara-cara kopekan abang yang jual air kelapa di tepi jalan tu.

    Berhati-hati dengan pisau yang tajam dan pastikan anak-anak jangan duduk di hadapan kita semasa mengopek kelapa kerana pernah dulu ada kisah parang tercabut dari ulunya semasa Mek ila di kampung dulu.

    Salam sayang 🙂

    (Visited 463 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: ,

    8 thoughts on “Misi Mendapatkan Air Kelapa Muda Fresh dan Tanpa GST

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge