• Subhanallah – Sedekah >> Kunci Untuk Bahagia dan Kaya!

    Benarkah rajin bersedekah dan menderma kunci kepada kebahagiaan dan kekayaan?

    Bersedekah adalah amalan yang mulia dan sangat dituntut oleh agama. Rajin bersedekah juga merupakan kunci kepada kebahagiaan dan kekayaan. Sebab itulah jangan terkejut jika kita lihat ramai di antara rakan-rakan yang mengetahui perkara ini berlumba-lumba untuk memberi sedekah walaupun mereka sendiri bukanlah terdiri daripada golongan yang berada.

    bersedekah

    Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

    Fadhilat Sedekah

    Rezeki yang diberikan Allah kepada kita bukan sahaja terhad kepada wang ringgit, ianya boleh datang dalam bentuk yang lain seperti kesihatan, ketenangan hati, memiliki keluarga yang baik dan juga sahabat yang menyayangi kita.

    Setiap rezeki yang kita perolehi juga sebahagiannya adalah milik mereka yang lain. Oleh yang demikian jangan sesekali mengabaikan amalan sedekah ini lebih-lebih lagi amalan membayar zakat yang diwajibkan kepada harta atau pun pendapatan kita.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

    Panduan Mudah Dalam Bersedekah

    • Ikhlas bersedekah kerana Allah dan bukannya kerana ingin mendapatkan pujian atau sanjungan
    • Mengutamakan keluarga terdekat yang di dalam kesusahan
    • Sekiranya bersedekah dalam bentuk barangan, pastikan barangan tersebut adalah halal, dalam keadaan baik dan boleh digunakan
    • Sesuatu yang boleh digunakan secara berpanjangan seperti bersedekah untuk pembinaan masjid atau sekolah anak yatim. Atau kita mensedekahkan Al Quran untuk kegunaan jemaah masjid. InsyaAllah pahala yang diperolehi juga berpanjangan walaupun setelah kematian kita.
    (Visited 358 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags:

    2 thoughts on “Subhanallah – Sedekah >> Kunci Untuk Bahagia dan Kaya!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge