• Tips Side Income: Memilih Syarikat Yang Betul Adalah Penting Untuk Bermula

    Dalam kita berlumba-lumba untuk mendapatkan side income yang diingini, pemilihan syarikat yang betul untuk bermula adalah satu faktor utama yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Ini kerana syarikat yang kukuh dan dipercayai menjadi antara faktor penting untuk memastikan usaha kita tidak sia-sia atau terputus di tengah jalan.startMek ila ada 2 orang kenalan rapat yang benar-benar putus asa dengan syarikat yang membuat side income ini. Yang seorang apabila telah bergelar Top Sales Person dan membuat jualan lebih 1 juta jatuh terduduk bila syarikat yang disertainya tiba-tiba tutup akibat kemelesetan ekonomi. Habis begitu sahaja segala usaha dan rangkaian yang dibina selama ini.

    Seorang lagi pula tidak lagi dibayar bonusnya apabila pihak syarikat mendapati bonusnya terlalu tinggi dan boleh merugikan syarikat. Mulalah beliau dituduh dengan beberapa tuduhan yang tidak masuk akal kononnya cuba mengkhianati syarikat dan akhirnya kes beliau ‘hanging’ begitu sahaja hingga bertahun-tahun. Paling sedih syarikat tersebut masih bernafas dan masih lagi merekrut ahli-ahli yang baru.

    Hakikatnya inilah antara realiti perniagaan networking yang membuatkan ramai orang skeptikal dengan MLM.

    Kita lihat pula Shaklee : Kenapa nak pilih Shaklee?

    Syarikat Yang Kukuh
    Shaklee adalah syarikat pengeluar supplemen nombor 1 di dunia yang menjanjikan semua produknya adalah selamat dan 100% semulajadi. Malah usia Shaklee di pasaran juga telah hampir 60 tahun dan sepanjang tempoh itu Shaklee tidak pernah gagal membayar bonus kepada semua ahlinya termasuk Mek ila sendiri.

    Sebagai pengguna Islam, produk Shaklee juga adalah halal dan tidak ragu-ragu untuk kita makan. Ianya juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Kenapa ShakleeIn fact, Shaklee juga telah terpilih sebagai Best MLM Brand di Malaysia pada tahun 2014-2015 pada Disember yang lalu.

    Best MLM Brand

    Sistem Yang Terbukti Berjaya dan Patuh Syariah
    Setelah memilih syarikat yang betul, faktor kedua yang perlu kita lihat ialah sistem syarikat tersebut. Maklumlah tanpa sistem yang betul, ada kemungkinan kita boleh ditipu atau konsep perniagaannya bakal merugikan kita. Mungkin juga kita penat-penat berusaha, tapi yang dapat lebih bonus adalah upline kita. Hakikatnya di dalam Shaklee semua ini tidak berlaku, siapa yang berusaha, dialah yang berjaya bukan upline atau downline nya.

    4 tonggak kejayaan

    Empat Tunggak Kejayaan Dalam Memulakan Side Income Anda!

    Mentor Perniagaan Anda

    Faktor ketiga terpenting ialah mentor yang kita pilih untuk memulakan perniagaan ini. Adakalanya faktor pertama dan kedua telah pun kita pilih dengan betul, sayangnya kita tersalah pilih mentor pula. Pemilihan mentor yang salah boleh menyebabkan kita juga tersalah langkah dalam menjayakan perniagaan ini. InsyaAllah, faktor ke 2, 3 dan 4 ini akan Mek ila jelaskan lagi bagi mereka yang berada di dalam group perniagaan Mek ila.

    Nak buat side income dari rumah? Hubungi Mek ila di di sini.

    (Visited 172 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee, Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee

    8 thoughts on “Tips Side Income: Memilih Syarikat Yang Betul Adalah Penting Untuk Bermula

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge