• 5 Tips Mudah Menggalakkan Anak Sulung Menyayangi Bakal Adiknya

    Perkhabaran bahawa kita bakal menambah bilangan anggota keluarga lagi memang sesuatu yang menggembirakan. Namun ianya mungkin sesuatu yang berlainan bagi si manja.  Ada anak-anak yang menyambut baik kelahiran adiknya, namun ada juga yang sedikit terganggu. Kehadiran adik baru dirasakan bakal menggugat kedudukannya yang selama ini mendapat perhatian 100% daripada kita walaupun hakikatnya bukan sebegitu.

    Kakak Menangis

     Sejak ada baby ni, si kakak sensitif sangat. Mudah menangis dan merajuk tanpa sebab. Pening juga dibuatnya.

     

    Tidak dinafikan inilah antara keluhan yang biasa kita dengar bila kehadiran anak kedua belum dapat diterima sepenuhnya oleh anak yang sulung. Jadi tidak hairanlah jika anak yang sulung mungkin melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan untuk menarik perhatian kedua ibu bapanya yang kini lebih tertumpu kepada adik yang baru. Lebih menyedihkan, kita pula tidak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh si manja.

    Di bawah ini Mek ila kongsikan beberapa tips yang boleh kita ikuti untuk mengukuhkan ikatan kasih sayang mereka walaupun ketika si adik masih lagi di dalam kandungan.

    Kongsi Kegembiraan Bersama Anak
    Walaupun anak sulung masih kecil, berkongsi kegembiraan tentang adik yang bakal lahir boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti:-

    • maklumkan kepada anak yang beliau bakal menjadi kakak atau abang.
    • libatkan anak dengan aktiviti pemeriksaan kehamilan seperti ultrasound yang membolehkan anak melihat bakal adiknya
    • galakkan anak berkomunikasi dengan adiknya apabila kandungan berusia 6 bulan ke atas. Sesekali bila adik bergerak atau menendang, biarkan tangan si kakak merasakan pergerakan si adik. Katakan padanya ‘ adik tendang tangan kakak ni, dia tak sabar nak main dengan kakak tu’.

    Mommy and kids

    • libatkan anak dalam penyediaan barangan adiknya. Sesekali jangan lupa belikan barangan keperluan si kakak untuk menunjukkan kita menyayangi kedua-duanya.
    • baca atau tunjukkan kepada anak buku-buku berkaitan baby yang boleh menambahkan minatnya kepada adik yang bakal lahir. Antara buku yang sering Mek ila baca dan tunjukkan kepada Arif ialah buku ini.

    buku penjagaan ibu dan bayi

     

    Ceritakan Keseronokan Menjadi Kakak @ Abang

    Bagi anak yang lebih besar, bolehlah kita ceritakan keseronokan menjadi kakak @ abang seperti ada orang lain yang akan menyayangi mereka selain ibu dan ayah. Malah mereka juga akan ada teman untuk  bermain bersama atau untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain yang menyeronokkan.

    happy sister hugging baby brother

     

    Libatkan Adik Dalam Penjagaan Adik Baru Lahir

    Teringat kata-kata Allahyarham ayah Mek ila dulu, salah satu cara mudah untuk mengelakkan anak yang sulung merasa dirinya dipinggirkan ialah dengan melibatkan beliau dalam beberapa aktiviti yang melibatkan adiknya. Ini sebenarnya adalah bahagian yang menyeronokkan. Anak mungkin boleh membantu dalam penjagaan adik walaupun sekadar mengambilkan pampers untuk si adik. Jangan lupa memuji dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang diberikan. Ini membuatkan mereka lebih berkeyakinan dan merasakan diri mereka adalah penting dalam kehidupan adiknya.

    Ketika papa pulang dari kerja, jangan terus mengambil si adik. Sebaliknya sapa anak yang sulung dahulu, berborak seketika dan bawa bersama anak  untuk melihat adiknya.

    Arif & Akmal

    Peruntukkan Masa Untuk Yang Sulung
    Sesekali di peringkat awal kelahiran adik, peruntukkan masa yang istimewa untuk yang sulung sahaja. Perkara ini pun memang Mek ila lakukan untuk si Arif awal-awal dahulu. Mudah sahaja, sesekali kalau keluar untuk membeli barang, bawa yang sulung sahaja sementara adik di rumah dengan orang lain atau dengan pasangan. Andai ini sukar untuk dilakukan, boleh sahaja lakukan apa-apa aktiviti yang menyeronokkan di rumah sahaja.

     

    happy family

    Bantuan Pasangan Amat Penting
    Bantuan pasangan juga amat penting. Kalau si ibu sibuk dengan penjagaan adik, papa pula tumpukanlah perhatian kepada yang sulung sekiranya diperlukan. Jangan sesekali meletakkan tanggungjawab menjaga anak kepada si ibu sahaja. Rumahtangga dan keluarga yang bahagia melibatkan peranan daripada semua yang terlibat.

    Salam Sayang;

    (Visited 458 times, 1 visits today)

    Categories: Mendidik Anak

    Tags: ,

    6 thoughts on “5 Tips Mudah Menggalakkan Anak Sulung Menyayangi Bakal Adiknya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge