• Bila Sample Susu Anmum Pun Dicuri Orang

    Teringat masa Akmal berusia 2 tahun dahulu, beria juga Mek ila carikan sample susu untuknya bila Akmal tidak mahu minum susu yang sama dengan abangnya. Hingga kini Akmal masih enggan minum susu selain susu ibu dan Mealshake. Jadi memang Mek ila faham sangat kepayahan yang dialami oleh ibu-ibu bila anak-anak mereka memilih susu atau enggan minum susu.

    Susu Anmum

    Tapi kisah yang Mek ila nak kongsikan hari ini sedikit berlainan. Kisah sample susu yang dicuri di peti surat rumah kawan aka customer Mek ila di Bukit Mahkota Bangi. Berbulan kawan Mek ila yang bernama SY ini memohon sample susu Anmum Essential Langkah 3 untuk puteranya Muiz yang berumur 2 tahun. Memang seronoklah bila bukak peti surat dan nampak surat Anmum ni. Dah bersorak dalam hati ‘akhirnya sampai juga’.

    white mailbox

    Namun bila dipegang bungkusan tersebut, memang sedih tak terkata bila tengok ianya telah terbuka. Sample hilang, yang tinggal suratnya sahaja. Yang mengambil pun sampai hati, dahlah barangnya diambil, lepas tu saje nak tinggalkan bukti. Alang-alang diambil semua jadi takdelah kawan Mek ila tu terasa sedih. Dahlah beliau tengah mengandung, jadi memanglah lagi sedih rasanya.

    Surat Sample

    Dalam erti kata kata inilah pencuri yang tak pandai mencuri atau pencuri yang saja nak menyakitkan hati orang yang dicuri. Bila jadi begini, memang kelu tak terkata. Benda yang kecil sahaja tapi boleh menyakitkan hati atau boleh buat orang lain bersedih.

    Pada SY, mudah-mudahan ada rezeki yang lebih baik selepas ini ye!

    (Visited 356 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags:

    3 thoughts on “Bila Sample Susu Anmum Pun Dicuri Orang

    Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge