• Bolehkah Ibu Hamil Makan Durian?

    Baru saje Mek ila bercerita tentang nenas yang dikatakan tajam dan boleh menyebabkan keguguran. Kali ni kita tengok pula satu lagi jenis buah iaitu buah durian yang dikatakan bersifat panas dan tidak sesuai untuk ibu hamil.

     

    Durian Sedap

    Bolehkah Ibu Hamil Makan Durian?
    Kebanyakan pakar berpendapat adalah selamat untuk ibu hamil makan durian dalam jumlah yang sedikit. Durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian mengandungi hampir 60 kalori. Durian juga adalah makanan  yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika kita hadkan pengambilannya terutama ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa hamil (GDM).  Oleh kerana kandungan gula dalam durian sangat tinggi, jangan terkejut jika kadar bacaan gula dalam darah boleh meningkat selepas makan buah durian ini.

    Namun jika  ibu-ibu masih ragu, maka elakkanlah memakan durian pada trimester yang pertama.  Bagi Mek ila tiada salahnya kita berpantang sedikit asalkan ianya mampu menyenangkan hati ibu-ibu sendiri.

    Durian sebenarnya memang buah yang menjadi kegemaran Mek ila. Apatahlagi kebetulan ada sedikit pokok durian di kawasan rumah. Bila gugur baunya memang semerbak dan membuatkan diri teringin nak merasanya. Buah durian meman sedap, tapi biasanya Mek ila cuma makan seulas atau paling banyak 2 ulas sahaja dalam sehari. Itupun Mek ila ikuti dengan petua orang tua-tua yang menyarankan kita minum air di dalam pangsa durian tersebut.

    Petua Elakkan Panas Badan Setelah Makan Durian

    Petua Hilangkan Panas Badan Makan Durian

    Cara-Cara
    1. Tuangkan air masak ke dalam pangsa buah durian.
    2. Minum air dari pangsa tersebut.

    Kesimpulan
    Kata orang kalau dah mengidam sangat, makanlah seulas dua tapi jangan sampai berlebihan. Ini kerana badan ibu hamil tidak sama. Ada yang sangat kuat dan ada juga yang sedikit lemah. Oleh kerana kandungan gula di dalam buah ini tinggi, ia juga boleh meningkatkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil (GDM) yang sudah semestinya tidak bagus untuk ibu-ibu hamil.

    (Visited 450 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags:

    8 thoughts on “Bolehkah Ibu Hamil Makan Durian?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge