• Jujur Dalam Berniaga : Kisah Tempahan Baju Raya Yang Sadis :-P

    Cepatnya masa berlalu, tanpa kita sedari bulan Ramadhan bakal menjelma lebih kurang sebulan sahaja lagi. Bila cerita bab raya, pastinya ramai di antara kita yang dah menyediakan baju raya lebih awal terutamanya kalau yang nak ditempah.

    Baju Raya Sedondon

    Baju Raya Sedondon Sering Menjadi Pilihan Ahli Keluarga. Kredit: Google

     

    Mek ila memang dah lama tak tempah baju raya. Suka beli yang dah siap sahaja sebab lagi mudah dan tak perlu menunggu lama. Hubby pun begitu, maklumlah tempahan baju raya nye sebelum ini pernah bermasalah, tertukar kain-> tempah oren yang dapatnya merah, baju hilang dan macam-macam lagi.

    Tapi tahun ni teringin pula nak tempah baju raya suami dan anak-anak. Lebih-lebih lagi harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Jom kita tengok harganya 🙂

    Harga Diberi

    Tuan punya kedai ini memang baik dan peramah orangnya. Masa tempah pun tanya lagi, katanya itulah harganya. Namun agak pelik bila resit tempahan tidak diberikan, katanya hanya ditulis di dalam bukunya sahaja. Jadi bila Mek ila bayar deposit pun, tidak diberikan resit. Bila diminta juga, barulah diberikan resit kosong yang bercop kedainya tapi harga masih tidak ditulis.

    “Tulis lah siap-siap kak, kan senang, kata Mek ila. Jawab pekedai tadi ” takpe dik, sebab harga baju budak ni tak comfirm lagi 50 ke 60 atau mana tau lebih murah lagi. Bab lagi murah tu yang pasti buat kita semua kata ‘ oklah kalau macam tu’.

    Deposit

    Dipendekkan cerita bila ambil, entah macam mana harganya bertukar tiba-tiba. Kalau Mek ila ni jenis pelupa, pasti bayar sahaja.

    Harga yang disuruh bayar – yang cuma ditulis atas kertas sahaja. (Entah macam mana pekedai ni nak buat kira-kira nanti)

    Baju Hubby : RM95
    Baju Abang: RM85
    Baju Adik: RM75

    Harga sebenar

    Jadi Mek ila pun bertanyalah, eh, harga baju budak-budak dah naik ke kak? Jawapnya “Ya”, sebab tukang jahitnya telah bertukar orang.

    Mek ila: Tapi bukan ke kita kena ikut harga masa tempahan hari tu kak?
    Pekedai: Akak bagi harga berapa?

    Mek ila: RM50-60 kak
    Pekedai: Eh tak boleh tu, rugilah akak nanti. Lagipun rasanya akak takde bagi harga macam tu.

    Mek ila: Betul kak, saya ingat lagi. Itulah harga yang akak bagi. Tak bolehlah akak naikkan sebab kita kenalah ikut perjanjian tu kan?

    Pekedai: (dah buat muka lain + merungut juga).  Akak rugi macam tu dik, tapi takpelah akak ikut harga yang adik mintak tu walaupun akak rugi sebenarnya. Lebih kurang akak halalkan

    Harga Selepas Perbincangan

    Baju Hubby : RM95
    Baju Abang: RM60
    Baju Adik: RM60

    Bila akak tu cakap lebih kurang akak halalkan Mek ila dah rasa agak geram juga. Seolah-olah kita yang customer ini pula bersalah. Tapi masih lagi mampu tersenyum dan kawal perasaan.

    Mek ila: Akak janganlah cakap macam tu, macam saya yang bersalah. Lagipun memang harga tu yang akak bagi. Dalam berniaga kan kita ikut perjanjian. Cuba kalau akak beli barang ke apa ke, supplier akak buat macam tu. Apa akak rasa? Saya tak kisah bab duit tapi bila macam ni tak patutlah kan.

    (maaf lah ye kak, sebab terbagi ceramah free )

    Pekedai: Eh akak dah bagi harga tu dah lah, jangan nak cakap lagi.

    Huhu, disebabkan malas nak teruskan, Mek ila pun ambil baju, salam, ucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


    Kesimpulan

    Janganlah mudah percaya sesuatu yang manis tetapi tiada hitam putih
    Berniaga perlu jujur, tak kisahlah apa yang kita jual. Walaupun hanya 10 sen ia milik pembeli, bukan milik kita. Kalau nak ambil juga, mintalah izin atau bersedialah  nak pulangkan di akhirat nanti.

    Bila berniaga, jangan suka cakap kita rugi. Percayalah pada kuasa Allah yang Maha Pemberi. Mungkin hari ini kita kehilangan sedikit, berkat keikhlasan InsyaAllah akan datang rezeki yang lebih baik.

    Haha —> inilah luahan perasaan. Sebab Mek ila memang tak suka pada penipuan @ orang yang cakap berbelit-belit.

    Harapnya kakak tu tak rugilah ye, sebab walaupun dah turunkan harga –> masih extra RM10.

    happy face

    Harap-harap tempahan baju raya pembaca semua ok-ok je 🙂

    (Visited 584 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: ,

    7 thoughts on “Jujur Dalam Berniaga : Kisah Tempahan Baju Raya Yang Sadis :-P

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge