• Kenali 3 Tanda Awal Saat Bersalin Hampir Tiba!

    Sepanjang 9 bulan kehamilan, memang banyak juga dugaan dan cabaran yang ditanggung oleh ibu-ibu. Morning sickness di awal kehamilan memang perkara biasa, bila masuk trimester dua dan tiga pula, mulalah timbul sakit-sakit badan, sembelit,  kejang kaki, kaki bengkak (edema) dan bermacam perkara lagi. InsyaAllah dengan pengambilan Set Ibu Hamil Shaklee, masalah-masalah ini dapat diatasi.

    Set Yes Kehamilan Shaklee

    Menjelang kandungan 9 bulan, biasanya ibu-ibu  hamil akan mula tertanya-tanya dan tak sabar-sabar nak tunggu bayi lahir. Bilalah nak bersalin ni? Bila lah si comel nak keluar ni. Kadang-kadang bila rasa sakit sikit, dah mula terfikir. Eh, nak bersalin dah ke ni?

    Walaupun tanda-tanda awal bersalin mungkin tidak sama, tanda-tanda di bawah adalah tanda-tanda yang biasa dan bolehdijadikan panduan.

     

    Tanda 1: Bila Kontraksi Yang Konsisten Berlaku
    Dikatakan sewal usia kandungan 28 minggu, ibu hamil akan mula mengalami kontraksi iaitu pengecutan rahim yang dipanggil Braxton Hicks. Ianya jarang-jarang berlaku dan terjadi sekitar beberapa saat dan tidak terlalu menyakitkan. Braxton Hicks adalah berbeza dengan kontraksi yang dialami ketika hampir bersalin.

    Kontraksi sebenar adalah menyakitkan, teratur, selang masa kontraksi adalah konsisten, menjadi lebih kerap dan tempoh masa kontraksi semakin panjang apabila saat bersalin makin hampir.

    Untuk lebih jelas Mek ila tunjukkan contoh masa kontraksi yang biasa dialami. Ibu-ibu digalakkan mencatat waktu kontraksi bagi memastikan sama ada ianya Brixton Hicks atau kontraksi sebenar.

    Contoh 1: Masa kontraksi (brixton Hicks)

    • 9.00 pagi,12.00 tengahari
    • 1.00 tengahari,2 petang
    • 12.00 malam

    Beza Kontraksi
    Contoh 2: Masa kontraksi (Tanda Hampir Bersalin)

    • 9.00 pagi, 10.00 pagi,11.00 pagi
    • 11.30 pagi,12.00 tengahari, 12.30 tengahari
    • 12.45 tengahari, 1 tengahari, 1.15 tengahari
    • dan seterusnya 10 minit sekali, 5 minit sekali

     

    Tanda 2: Air Ketuban Pecah

    Air ini biasanya keluar dengan banyak daripada vagina. Warnanya jernih dan tanpa bau. Kebanyakkan wanita termasuk Mek ila tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah saat-saat akhir proses bersalin. Malah ada ketikanya ia keluar hanya bila dipecahkan oleh Doktor untuk membantu mempercepatkan lagi proses bersalin.

    Tanda Hampir Bersalin

    Tanda 3: Darah Keluar Daripada Vagina
    Biasanya lendir pekat bercampur darah akan keluar dari vagina. Ia adalah penyekat mukus yang menyekat pintu rahim. Apabil darah ini keluar, ia adalah petanda bahawa rahim telah mula terbuka. Ia dikatakan boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

    Jika ditanya manakah tanda-tanda yang akan berlaku dahulu, ianya memang berbeza di antara ibu-ibu. Namun bagi kebanyakan kes, keluar lendir darah dan kontraksi merupakan tanda-tanda awal yang sering berlaku.

    Selain tanda-tanda di atas, ada 1 lagi tanda yang menunjukkan kelahiran makin hampir. Cumanya tanda ini hanya dapat dimaklumkan oleh Doktor yang memeriksa kita. Ketika hampir bersalin, dinding rahim akan makin menipis. Jadi Doktor yang memeriksa boleh mengagak sama ada proses bersalin telah dekat atau pun sebaliknya. Macam Mek ila dulu , Dr kata ‘saya cek tebal lagi ni, memang tak kan bersalin dalam waktu yang dekat’. Pemeriksaan ini dibuat selepas Mek ila membuka ikatan cervical cerclage.

    Mudah-mudahan proses kelahiran bayi kita semua dipermudahkan. Banyakkanlah membaca ayat ini bagi membantu memudahkan proses bersalin dan ketika kontraksi yang kuat datang menyerang.

    Doa Hindar Kesusahan
    Mommy dah siapkan barang-barang untuk menyambut kelahiran bayi? Jom semak senarai barangan ibu dan bayi  di sini.

    Nak dapatkan set berpantang terbaik untuk ibu-ibu? Jom klik di sini.

    (Visited 1,785 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    4 thoughts on “Kenali 3 Tanda Awal Saat Bersalin Hampir Tiba!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge