• Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?

    Tiga kali mengandung, tiga kali juga Mek ila terpaksa mengambil suntikan kortikosteroid (I/M dexamethasone) atau nama ringkasnya dexa untuk mematangkan paru-paru bayi di dalam kandungan. Sebenarnya memang ramai juga ibu-ibu hamil yang tidak tahu tentang kewujudan dan kegunaan suntikan ini. Jadi Mek ila kongsikan di sini dengan cara yang agak santai agar mudah untuk kita memahaminya.

    Apakah Itu Suntikan Dexa?

    Suntikan dexa merupakan pemberian kortikosteroid kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang di antara minggu ke 24 hingga minggu ke 36 kehamilan. Risiko kelahiran pramatang ini boleh dilihat apabila ibu-ibu hamil mengalami kontraksi pramatang, air ketuban pecah atau meleleh atau apabila tanda-tanda kelahiran lain telah bermula.

    Dexamethasone

     

    Siapakah Yang Memerlukan Suntikan Dexa?

    Suntikan dexa diberikan kepada ibu-ibu hamil yang berisiko mengalami kelahiran pramatang ketika usia kehamilan di antara 24-36 minggu. Selepas minggu ke 37, suntikan ini tidak lagi diperlukan kerana di usia kehamilan ke 37 paru-paru bayi dikatakan telah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan tanpa sebarang risiko yang tinggi.

    Apa Kegunaan Suntikan Dexa?

    Seperti yang kita sedia maklum, paru-paru bayi belum matang sehinggalah minggu yang ke 37 di dalam kandungan. Oleh yang demikian bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) berisiko mengalami masalah pernafasan yang boleh membawa kematian.

    Menurut kajian, pemberian suntikan ini telah menunjukkan pengurangan yang signifikan di dalam masalah pernafasan (RDS) dan pendarahan intraventricular yang sering terjadi kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Walaupun suntikan ini berkemungkinan mempunyai sedikit side effect , tidak dinafikan bahawa ianya membawa lebih kebaikan kepada bayi yang berisiko dilahirkan tidak cukup bulan. Atas sebab inilah Mek ila dalam keterpaksaan mengambil suntikan ini demi kebaikan bersama.

    New Born Baby

    Berapa Lamakah Suntikan Ini Perlu Diambil?

    Suntikan ini diambil secara pasangan iaitu dos yang yang kedua diberikan selepas 12 jam dos yang pertama. Setiap dos mengandungi 12mg IM Dexamethasone. Sebagai contoh Mek ila mengambil dos yang pertama di hospital pada jam 10 pagi, maka dos yang kedua perlu diambil sekitar jam 10.00 malam. Suntikan dexa ini akan bermanfaat selepas 24 jam bermula suntikan yang pertama hingga hari yang ke 7.

    Atas dasar inilah maka terdapat Pakar Perubatan yang memberikan suntikan ini secara mingguan kepada ibu berisiko sehingga minggu yang ke 36 kehamilan. Mek ila sendiri dinasihatkan oleh Pakar Perubatan untuk mengambil suntikan ini setiap minggu bermula minggu ke 30 kehamilan hingga minggu yang ke 36.

    Adakah Suntikan Dexa Ini Menyakitkan?

    Memang ramai ibu-ibu yang menyatakan suntikanDexa ini menyakitkan. Ini tidak Mek ila nafikan. Berpengalaman mengambil suntikan dexa sebanyak 14 kali semasa mengandungkan Arif dan Akmal membuatkan Mek ila hampir lali dengan kesakitan namun berdebar juga setiap kali ingin disuntik. In kerana pada waktu pagi Mek ila menerima suntikan daripada Doktor Pakar yang memang mahir sebaliknya di waktu malam pula Mek ila hanya mengambil suntikan ini di klinik berhampiran disebabkan jarak yang jauh untuk berulang ke Hospital.

    inject me slowly

    Doktor, Silalah Inject Perlahan-Lahan

    Menurut Gynae Mek ila yang sangat baik hati, kandungan dexa ini memang pekat dan tidak boleh disuntik sekaligus kepada pesakit. Ianya perlu disuntik secara perlahan-lahan sekitar 2 minit. Jadi barulah ibu-ibu tidak akan merasakan kesakitan seperti yang dirasakan bila disuntik sekaligus. Memang akan terus terkeluar air mata dan rasa nak tumbuk Doktor ketika itu juga, haha.

    Malah Gynae Mek ila juga turut membekalkan memo cara suntikan yang mengandungi ayat ‘ perlu disuntik perlahan-lahan selama 2 minit’ kepada Mek ila untuk diberikan kepada Doktor pada waktu malam nanti.

    Doa Mek ila, agar kehamilan semua ibu selamat dan sampai ke minggu yang secukupnya. InsyaAllah. Inginkan vitamin untuk kehamilan yang sihat? Jom whatsapp Mek ila 012-8943453 hari ini.

    (Visited 14,901 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , , ,

    10 thoughts on “Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge