• Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui

    Persoalan tentang darah nifas iaitu darah yang keluar daripada faraj wanita selepas melahirkan anak memang sesuatu yang perlu kita fahami betul-betul. Walaupun ianya nampak mudah tapi ada kalanya agak mengelirukan juga. Perkara ini pernah Mek ila alami ketika kelahiran Akmal dahulu. Apa lagi, mulalah Mek ila merujuk dengan ustazah dan rakan-rakan yang lebih arif. Di sini Mek ila kongsikan maklumat tersebut beserta contoh yang mudah difahami sebagai panduan kepada pembaca semua.

    Blood

    Untuk makluman pembaca sememangnya terdapat khilaf di antara mazhab berkaitan perkara ini, jadi penerangan di bawah adalah berdasarkan pandangan Mazhab Syafie.

     

    Definisi Darah Nifas

    Darah nifas ialah darah yang keluar dari faraj wanita kerana melahirkan anak. Darah tersebut juga disyaratkan keluar sejurus selepas kelahiran atau dalam tempoh 15 hari selepas kelahiran. Sekiranya darah tersebut keluar hanya pada hari yang ke 16, ianya bukan darah nifas tetapi dianggap sebagai darah haid.

    *Contoh 1: Selepas bersalin, Puan A tidak keluar sebarang darah. Darah hanya keluar pada hari yang ke 2. Ini adalah darah nifas.

    *Contoh 2: Selepas bersalin, Puan B tidak keluar sebarang darah. Darah hanya keluar pada hari yang ke 17. Ini bukan darah nifas, ianya adalah darah haid.

    (*Merujuk kepada syarat darah nifas adalah darah yang keluar sejurus selepas kelahiran atau dalam tempoh 15 hari selepas kelahiran)

     

    Tempoh Minima dan Maksima Darah Nifas
    Mengikut mazhab Syafie tempoh nifas paling pendek selepas seorang wanita melahirkan anak ialah ialah seketika. Walau bagaimanapun dikatakan pada zaman Nabi terdapat wanita yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, Oleh yang demikian adalah tidak mustahil sekiranya seorang wanita melahirkan anak tanpa darah nifas.

    Tempoh maksima darah nifas ialah 60 hari. Ini bermakna sekiranya darah nifas masih keluar dalam tempoh 60 hari, ibu tadi tidak wajib mengerjakan solat, puasa dan sebagainya Jika darah masih keluar selepas 60 hari, ianya bukan lagi darah nifas dan dianggap darah istihadhah (penyakit) dan sebagainya.

    Break

    Selang Masa Suci Antara Darah Nifas
    Sebenarnya inilah soalan yang selalu ditanya oleh ibu-ibu termasuk Mek ila dulu. Bagaimana jika dalam tempoh 60 hari itu darah keluar untuk beberapa ketika, kemudiannya kering dan selepas beberapa hari ianya keluar lagi? Masihkah dikira sebagai darah nifas atau bukan? Menurut Mazhab Syafie jika tempoh suci (darah kering @ berhenti) tadi l5 hari atau lebih, maka ibu tadi telah dianggap suci dari darah nifas. Maka darah yang keluar pada hari ke 15 tadi dikira sebagai darah haid. Namun jika tempoh suci tadi hanya sekejap dan dalam tempoh 14 hari ianya masih dikira darah nifas.

    Contoh 3: Selepas bersalin, Puan C keluar darah nifas sehingga hari yang ke 20. Daripada hari ke 21 hingga hari ke 30, Puan C suci dan tidak keluar darah. Darah hanya keluar semula pada hari yang ke 31. Darah tersebut masih darah nifas kerana tempoh masa suci hanyalah 10 hari.

    Contoh 4: Selepas bersalin, Puan D keluar darah nifas sehingga hari yang ke 20. Daripada hari ke 21 hingga hari ke 40, Puan D suci dan tidak keluar darah. Darah hanya keluar semula pada hari yang ke 41. Dalam kes ini tempoh suci adalah 20 hari. Darah tersebut bukan darah nifas, ianya dianggap darah haid kerana telah melebihi tempoh suci 14 hari.

    Darah Nifas Bagi Wanita Yang Keguguran Anak.
    Menurut pandangan Mazhab Syafie lagi, darah yang keluar selepas wanita keguguran anak juga adalah darah nifas tanpa mengira usia janin sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia dan hanya berupa seketul daging. Hanya disyaratkan bahawa yang keluar tersebut adalah janin yang dikandung di mana ianya mendapat pengesahan daripada Doktor atau bidan.

    Hukum Wanita Dalam Nifas
    Hukum wanita dalam nifas adalah sama dengan wanita yang di dalam haid seperti dilarang solat, berpuasa, membaca al quran dan melakukan jimak.

    Moga-moga maklumat ini dapat membantu. Sudikan juga memberi komen andai ada maklumat yang perlu kita tambah atau perkemaskan lagi.

    (Visited 40,594 times, 4 visits today)

    Categories: Umum

    Tags: , ,

    25 thoughts on “Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui

    • jebat says:

      As salam. Pertanyaan, darah yg keluar selepas hari ke 60 adakah darah haid atau darah istihadhah? Jika darah istihadhah, ibu td WAJIB bersolat, berpuasa. Kerana darah istihadhah adalah sarah penyakit.

    • Mona says:

      Jika darah saya sehingga hari ke 44 masih ada, pada hari ke 44 saya perlu mandi wajib nifas ke? Atau tggu darah habis dahulu?

    • Tempah maksima darah nifas 60 hari Puan Mona. Bermakna kalau ianya masih keluar berterusan tanpa gap seperti yang dinyatakan, ianya masih darah nifas.
      Mek ila Jual Vitamin recently posted…Happy 6th Birthday Arif Fahmi, We Love YouMy Profile

    • rose says:

      Kalau selepas 60hari..tapi still keluar darah sekejap ada sekejap tak da..darah penyakit ke tu..??

    • natasha says:

      sy nk tnye.. sy skrg dh masuk hari ke 42 tp masih lg ade cecair berwarne coklat yg keluar… kirenye sy msih x boleh solat ke mcm mne..?

    • zaiharti sulaiman says:

      Saya hari ni dah hari ke 54..sebelum ni darah saya dah berhenti dan hanya tinggal warna coklat. Tp selepas bbrp hari darah merah keluar semula dan pada hari ke30 saya ada ambil injection famili planning di klinik. Adakah sebab injection darah saya masih x berhenti?

    • Amani says:

      Hari ke 32 sy ambil injection family planing.ketika tu darah nifas sy dh warne coklat..pd hari ke 37 sy kluar darah merah smule..skrg sy dh 47 ari masih lg kluar darah merah..sehari 4 5 kali sy perlu tukar pad.adakah darah ni masih darah nifas?normal ke situasi sy?

      • Hai Puan Amani. Masih dikira darah nifas kerana masih dalam tempoh 60 hari dan tiada jarak suci selama 14 hari. Berkaitan suntikan tersebut, mengikut pengalaman rakan-rakan yang pernah mengambil suntikan/alat pencegahan kehamilan, memang ada berlaku sedikit gangguan di peringkat permulaan. Puan boleh merujuk semula di klinik tempat puan mengambil suntikan tersebut.

    • zawani says:

      Sya skarg hari ke 61. Darah masih lg keluar. Sya bsalin czer. Sbelm nie darah dh coklat2 tpi hri ke 58 bru start berurut. Lpas berurut darah merah mula keluar semula smpai skarg. Situasi sya nie kira mcm mne ye? Sya dh kne mandi wajib ke? Mk dan bidan mengurut kta memg lpas. Urut, darah kotor akan keluar hbis. Darah merah n busuk mcm darah bru2 bsalin. Ank sulung. X der pngalaman. Mohon pencerahan.

      • Hai puan, mengikut Mazhab Syafie, jika darah masih keluar selepas 60 hari, ianya bukan lagi darah nifas dan dianggap darah istihadhah (penyakit) dan sebagainya. Untuk menunaikan solat, terdapat tatacara khusus bagi wanita yang mengalami istihadhah ini.

    • Huda says:

      Saya nak tanye….darah nifas saya smpai ari ke 52…pastu suci….tp pada ari ke 69 kuar darah semula…tempoh suci ialah 17 ari…darah tu darah haid @ istihadah…mohon pncerahan…

      • Kalau ikut apa yang diajarkan, darah tersebut adalah darah period puan. Saya juga mengalaminya pada anak yang ke 2 dahulu. Masa tu memang confius sebab kita baru sahaja suci daripada nifas dan tak sampai sebulan keluar darah lagi.

    • Siti Aishah says:

      Assamualaikum puan . Saya nk tnya. Kalau darah nifas hnya keluar selama seminggu adakah saya perlu mengerjakan solat seperti biasa selepas hbs darah tu?

    • Dayang says:

      Assalamualaikum..
      Nak tanya jika darah nifas keluar hingga hari ke 10 dan berhenti 3 hari. Hari berikutnya keluar darah semula dan esoknya darah berhenti lagi. Perlu ka sy mandi wajib dan solat dlm tempoh tersebut? Atau perlu sy tunggu lagi kemungkinan akan keluar lagi?

    • mama naufa says:

      Assalamualaikum..nak tye…pde hari ke 20 dh xde drh,,cume kluar cairn wrne kuning coklat” sikit” sampai lah hari ke 40..tapi pde hari ke 41 kluar smule cairn merah segar…itu dikira darah nifas lgi atau darah haid dh?

    • ida says:

      salam.. sy hri ke 44 kluar drah merah fresh dlm 4hri lpas tu koko n stop smpai hri ke 60 dtg blik darah tp koko saja smpai hrini setiap ptg. kira darah istihadah la kn ?

    • ana says:

      salam.. sya dah 53 hari masih kluar darah nifas… apa kerna suntikan perancang hari kedua lepas bersalin… ada efek darah xberenti kuar?

    • Hazwani says:

      Salam..saya ingin bertanya..Saya keluar darah dari lepas melahirkan anak sehingga 40 hari..Adakah ini perkara biasa? Saya perlu tunggu sampai 60 hari..Jika tidak berhenti saya perlu berjumpa dokter

      • Hai puan,
        Pada kebiasaannya darah akan keluar lebih banyak (heavy flow) di peringkat permulaan dan menjadi semakin sedikit di penghujungnya. Dapatkan pemeriksaan Doktor sekiranya puan merasakan terdapat kelainan atau jika darah yang keluar semakin banyak.

    • Afrida says:

      Assalam..sy ade soalan.knp lepas bsalin darah sy kluar selama 2minggu shj..tetapi lepas 20 hari ade lg kluar darah sikit.sekarang 43hari kluar lagi darah sikit.Bila boleh sy mandi hadas?

    • Nurul says:

      Salam , nak tanya kalau saya lepas bersalin darah nifas cuma keluar sampai hari 14 . Then dah tak keluar . Boleh mandi wajib ke ?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge