• Shaklee Bukan Sekadar Vitamin Biasa, Ia Lebih Dari Itu.

    Suatu masa dulu, Mek ila juga merasakan vitamin Shaklee adalah vitamin biasa, tiada apa yang istimewa tentangnya. Malah ketika mengandung dan dibekalkan vitamin yang diberikan oleh Doktor, bagi Mek ila itu sahaja dah mencukupi dan tak perlulah nak makan yang lain lagi.

    Langsung Mek ila tak tahu bahawa sangat berbeza vitamin sintetik dengan vitamin yang semulajadi. Perbezaan paling utama ialah vitamin sintetik tidak boleh dimakan untuk masa yang berpanjangan kerana ianya akan mendatangkan side effect kepada kesihatan. Ini hanya Mek ila sedari bila membaca leaflet yang terdapat di dalam botol Vitamin yang dibekalkan oleh Doktor.

     

    Kami Berbeza
    Kenyatannya kita sering merasakan apa yang diberikan oleh Doktor itu adalah yang terbaik. Hakikat ini memang benar kerana Doktor adalah pakar dalam bidang perubatan. Namun segalanya berubah bila suami sendiri jatuh sakit dan selepas diberikan rawatan antibiotik maksima selama 6 minggu, ketika itu tiada lagi bantuan yang boleh diberikan oleh pakar selain daripada hanya tunggu dan lihat. Boleh baca lebih lanjut tentang kisah itu di sini.

    Sebenarnya bukan itu sahaja, mungkin sahaja kerana Mek ila tidak mendapat info yang sebenar mengenai kebaikan vitamin Shaklee selain ianya hanyalah vitamin yang dijual menggunakan konsep business networking. Bukan Mek ila sahaja, malah ramai kawan-kawan fb yang lain juga tidak berapa gemarkan Shaklee. Geng-geng yang anti pun ramai juga.

    Keistimewaan Shaklee

    Keistimewaan Shaklee Berbanding Vitamin Lain Di Pasaran

    2 bulan awal menyertai Shaklee, Mek ila masih tidak berkongsi lagi, sebaliknya masa yang ada banyak Mek ila habiskan untuk mempelajari tentang vitamin-vitamin Shaklee ini. Apa kandungannya, apa kegunaannya dan apa keistimewaannya. Namun ketika itu hubby memang pun telah mengamalkan vitamin-vitamin ini termasuk Mek ila dan ibu Mek ila sendiri.

    Untuk anak-anak, Mek ila bermula dengan lambat kerana sebelum ini banyak maklumat yang Mek ila terima hanyalah ketidak sesuaian produk Shaklee.Di group yang Mek ila join sendiri sahaja ada lebih daripada 10 link tentang mengapa vitamin-vitamin ini tidak sesuai untuk anak-anak.  Bagi yang tidak mempunyai info yang tepat, pasti mudah sahaja percaya bahawa ia memang tidak baik untuk anak sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

    Bagi yang pernah membaca kisah baby Akmal, tentu tahu betapa risaunya hati Mek ila HB Akmal cumalah 8.1. Paras HB yang sangat rendah bagi seorang bayi hingga beliau di suspect sebagai pembawa Talasemia.

    Hanya selepas mendapatkan pandangan pakar dan berbincang sendiri dengan Pakar Nutrisi Shaklee, barulah Mek ila berani untuk memberikan Akmal multivitamin Mealshake yang Alhamdulillah telah membantu menaikkan kembali HB nya ke paras yang hampir normal. Itu pun hanya selepas sirap zat besi yang diberikan oleh Doktor tidak berjaya menaikkan HB Akmal selama hampir 9 bulan. Ini kerana selain mengandungi multivitamin lengkap lain termasuk iron, Mealshake turut mengandungi vitamin C yang membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh.

    result akmal 2a

    Arif pun begitu juga. Di saat Doktor mengatakan Arif ada asma dan dibekalkan dengan inhaler, memang Mek ila rasa nak menangis di dalam hati. Maklumlah Mek ila dan suami tiada asma, tidak tahu bagaimana Arif boleh menghidap Asma yang dikatakan Doktor bukan lagi penyakit keturunan seperti zaman dahulu.

    Ketika itu juga Mek ila bertekad untuk mencuba Vitamin Shaklee yang ada bagi memastikan Arif bebas daripada pengambilan nebulizer yang boleh dikatakan setiap 2-3 bulan diambilnya sejak berumur 5 bulan. Sampaikan Arif terbiasa dan meminta sendiri untuk mengambil nebulizer bagi mengurangkan masalah lelah, batuk dan kahaknya.

    ambil-2Bneb

    Dan Alhamdulillah, setelah hampir 6 bulan Arif tidak pernah lagi mengambil nebulizer atau menggunakan langsung inhaler  yang dibekalkan oleh Doktor.  Sesekali selsema dan batuk tu ada, namun bukanlah jenis yang berpanjangan seperti dulu hingga perlu ke klinik dan mengambil nebulizer. Maka benarlah seperti yang disarankan supaya kita sentiasa berusaha dan tidak berputus asa.

    Penghasilan produk Shaklee memang mengikuti piawaian yang sangat ketat, malah sebelum vitaminya dihasilkan pelbagai kajian klinikal telah dijalankan. Bagi yang nak baca lebih lanjut tentang kajian klinikal, kertas kerja perubatan , jurnal perubatan atau Kajian LandMark yang dihasilkan bolehlah masuk ke laman kinikal ini.

    Website Klinikal Shaklee

    Shaklee sendiri mempunyai barisan saintis sendiri yang berjumlah 66 orang yang terlibat dalam penyelidikan produk bermula daripada pemilihan bahan hinggalah produk akhirnya dihasilkan dan sampai kepada pengguna. Bagi yang pernah membaca kisahMultivitamin Vitalea yang berusia 100 tahun sekarang, walaupun ianya dihasilkan pada tahun 1915, ianya hanya dipasarkan selepas Shaklee ditubuhkan pada tahun 1956.

    Sejarah Vitalea

    Untuk pakar-pakar perubatan pula, sebuah lagi laman web telah disediakan khusus untuk mereka. Mungkin inilah antara maklumat yang jarang-jarang dikongsikan hingga ramai yang tidak tahu kewujudannya.

    Website Shaklee Untuk Pakar Kesihatan

    Malah jika pelanggan menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk  boleh sahaja menghubungi pengedar bertauliah Shaklee seperti Mek ila. Boleh  juga berhubung terus dengan Customer Care Shaklee di nombor telefon: 03-56223188 atau melalui emel: customerinquiry@shaklee.com.my. Jika perlu anda juga boleh berbincang dengan Nutritionist Shaklee di nombor yang sama untuk mengetahui Vitamin terbaik yang  boleh membantu masalah yang dihadapi.

    Sama seperti makanan semulajadi yang lain, tidak dinafikan memang akan ada vitamin yang mungkin tidak sesuai untuk seseorang kerana masalah kesihatan yang dihidapinya. Sebagai contoh jika seorang wanita mempunyai cyst, beliau tidak digalakkan mengambil ESP kerana ia boleh meningkatkan hormon estrogen yang boleh menggalakkan pembesaran cyst.

    Jadi paling penting untuk kita membeli dan mendapatkan nasihat daripada pengedar terlatih sebelum mengambil sebarang vitamin.

    Nak dapatkan vitamin yang sesuai?? Whatsapp Mek ila sekarang: 012-894 3453

    (Visited 123 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    5 thoughts on “Shaklee Bukan Sekadar Vitamin Biasa, Ia Lebih Dari Itu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge