• Tips Atasi Thrush ->Jangkitan Kulat atau Keputihan Pada Mulut Bayi

    Thrush merupakan jangkitan kulat pada mulut yang sering dialami oleh bayi yang baru lahir. Ianya kelihatan seperti lapisan atau baki susu yang tertinggal bukan hanya di bahagian lidah sahaja tetapi melibatkan keseluruhan kawasan mulut seperti di lidah, lelangit dan bahagian belah dalam pipi bayi.

    Bayi Yang Dijangkiti Oral Trush

    Trush ini sedikit menyakitkan malah ianya boleh mengganggu bayi ketika menyusu kerana ianya boleh meyebabkan radang atau bengkak di kawasan yang dijangkiti.


    Bagaimana Nak Bezakan Sama Ada Ia Trush @ Hanya Baki Susu?

    Tips 1
    Seperti yang Mek ila terangkan di atas tadi, baki susu hanya terlekat di bahagian lidah tetapi trush biasanya melibatkan keseluruhan kawasan mulut.

    Tips 2
    Ambil sehelai kain lembut,basahkan dengan air mineral dan gunakan untuk membersih bahagian lidah bayi dengan lembut. Sekiranya ianya hanya baki susu, ianya akan tertanggal dengan mudah. Trush pula susah ditanggalkan dan jika boleh sekalipun ianya mungkin menyebabkan sedikit luka.

    Dapatkan Rawatan Doktor
    Sekiranya mommy mengesyaki bayi terkena thrush, segeralah bawa bayi berjumpa Doktor. Biasanya Doktor akan membekalkan ubat anti fungal yang perlu dititikan ke dalam mulut bayi. Arif dulu pun pernah kena thrush ketika berusia sebulan lebih, kata Dr mungkin disebabkan keadaan puting susu  yang tidak bersih. Sejak itu memang Mek ila tidak pernah lagi memberikan puting susu kepada anak-anak.

     

    Tips Elakkan Jangkitan Thrush

    1. Bersihkan lidah bayi menggunakan kain lembut yang dibasahkan. Bagi bayi yang lebih besar, bolehlah ibu-ibu gunakan berus gigi bayi yang boleh digunakan untuk membersihkan lidah bayi.

    Berus Lidah Bayi

    2. Bersihkan puting susu ibu dengan air masak sebelum menyusukan bayi. Keadaan lembab yang disebabkan oleh pengaliran susu ibu di dalam bra boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku.

    3. Pastikan kebersihan susu botol terjaga. Bilas dengan air mendidih sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

    4. Elakkan penggunaan puting kosong jika boleh. Jika perlu, pastikan kebersihan puting sentiasa dijaga.

    (Visited 1,148 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: ,

    5 thoughts on “Tips Atasi Thrush ->Jangkitan Kulat atau Keputihan Pada Mulut Bayi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge