• Tips Hebat Berjimat Ala Mr B

    Bab berjimat ni  memang sesuatu yang Mek ila suka. Maklumlah bila kita berjimat atau dalam erti kata lain berbelanja secara berhemah, duit yang selebihnya boleh kita simpan dan dijadikan tabungan atau digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih penting. Tips jimat hari ni ialah tentang pencuci di rumah.

    Basic H

    Kalau kita perhatikan, pencuci yang kita perlukan di rumah ni biasanya memang banyak jenis. Antaranya:-

    • Pencuci Lantai
    • Pencuci Toilet
    • Pencuci Cermin
    • Pencuci Barangan Kayu
    • Pencuci Kotoran (seperti Clorox); dan banyak lagilah pencuci yang lain.

    Pendek kata memang mahal juga harga bahan-bahan pencuci ni terutama pencuci lantai yang boleh sampai manjangkau harga RM20++.  Dikumpul-kumpul kadangkala dalam sebulan bahan pencuci sahaja boleh mencecah RM50 tidak termasuk sabun baju dan sabuh basuh pinggan lagi kan?

    Sejak gunakan Basic H ni, memang jimat sangat sebab Basic H ni pencuci serbaguna yang boleh mencuci hampir keseluruhan peralatan di rumah termasuklah kasut sekolah anak. Bab ni memang ramai yang suka sebab tak perlu lagi memberus kasut anak-anak dengan kuat seperti dahulu.

    Cuci Kasut Dengan Basic H

    Basic H ini walaupun botolnya kecil, hanya 16 oz tetapi bila dibancuh boleh menghasilkan 48 gelen pencuci. Paling Mek ila suka ialah bila kerja-kerja membersih di dapur makin mudah. Maklumlah lepas memasak dan makan, memang nak kena bersihkan dapur gas, kawasan memasak yang kadangkala berminyak dan juga meja makan.

    Dengan basic H, Mek ila cuma perlu campurkan 1/4  sudu besar Basic H ke dalam 16oz bekas penyembur.  Lepas tu cuma spray dan lap dengan kain. Memang bersih semua sisa kotoran termasuk minyak dan bekas-bekas nasi di lantai yang bertaburan di lantai bila si comel Akmal makan sendiri. Kalau tengok gambar di bawah, walaupun dah dekat setahun digunakan, Basic H Mek ila masih banyak walaupun dah diguna setiap hari.

    Basic H Pencuci Serbaguna

    Pendek kata Basic H sesuai diguna untuk mencuci barangan  sama ada di dalam atau di luar rumah seperti dinding,permukaan dapur, jubin dan lantai, periuk, besen, tingkap, cermin, barangan kayu, perabot dan perkakas lain. Buat basuh kereta pun boleh. Panduan sukatan yang disyorkan adalah macam di bawah ni:-

    Cara Guna Basic H

    Selain mencuci Basic H pun boleh digunakan ketika kecemasan. Bila anak demam, kena gigit serangga atau gatal-gatal pun ianya boleh digunakan. InsyaAllah memang sangat membantu.

    Basic H cuma berharga RM46, harganya lebih murah kalau kita jadi ahli lebih-lebih lagi bulan ini ada promosi percuma Vitamin Vitalea untuk pendaftaran ahli.

    Selain jimat, Basic H ini juga adalah pencuci yang selamat dan tanpa toksik. Selamat untuk anak-anak terutama jika kita ada anak-anak kecil yang sedang merangkak di permukaan lantai.

    baby girl crawling towards a toy on the floor

    Nak jimatkan perbelanjaan pencuci di rumah juga? jom whatsapp Mek ila 012-8943453 hari ini.

    (Visited 264 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    3 thoughts on “Tips Hebat Berjimat Ala Mr B

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge