-
Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil
Kaki adalah anggota badan yang penting untuk menyokong keseluruhan tubuh. Pemilihan kasut yang betul pula penting untuk menyokong fungsi kaki tadi terutamanya ketika hamil. Maklumlah apabila perut semakin membesar dan berat badan pula bertambah, memang susah untuk ibu-ibu bergerak. Keadaan pasti makin sukar jika kasut yang disarungkan kurang sesuai, silap-silap boleh tergelecek dibuatnya.
Teringat kenangan Mek ila ketika hamil dahulu, kasut-kasut bertumit terus disimpan, konon-kononnya nak dipakai semula selepas bersalin nanti. Rupa-rupanya lepas bersalin, kena dukung anak pula. Sudahnya memang disimpan terus kasut-kasut bertumit tadi.
Jom kita tengok kasut-kasut yang sesuai dijadikan pilihan untuk ibu-ibu hamil.
Tapak Rata
Seboleh mungkin, pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Apabila kandungan semakin membesar, ibu-ibu memerlukan lebih sokongan untuk berdiri dan bergerak dengan stabil. Kasut bertumit akan menyukarkan pergerakan dan boleh membuatkan ibu tergelincir.Tapak Tidak Licin
Selain tapak yang rata, pastikan permukaan tapak juga tidak licin.Tapak yang licin boleh menyebabkan kita tergelincir terutama sekali ketika berjalan di lantai yang basah atau ketika menuruni tangga.Selesa Dipakai
Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Tapak yang lembut juga penting untuk memberi keselsaan kepada kakiMaklumlah sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Memilih kasut atau sandal yang berpotongan lebar akan memberikan keselesaan kepada kaki.Mudah Disarung (Slip on)
Pilihlah kasut yang boleh disarung dengan mudah tanpa memerlukan ibu membongkok atau memerlukan bantuan angan untuk memakainya. Antara kasut yang memenuhi kriteria ini ialah sandal. Kasut bertali juga kurang sesuai dipakai kerana ibu perlu mengikatnya. Ianya juga merbahaya kerana ibu-ibu boleh terpijak tali dan jatuh tersadung.Stylish
Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Selain empat kriteria di atas, jangan lupa juga pilih kasut yang cantik dan bergaya.Selain pemilihan kasut yang sesuai, postur badan yang betul juga penting untuk memastikan ibu hamil kekal sihat dan mengelakkan diri daripada sakit belakang.
Sekiranya ibu masih mengalami sakit belakang walaupun telah memilih kasut yang sesuai dan bergerak dengan postur yang betul , ibu-ibu mungkin kekurangan kalsium dan memerlukan vitamin ini.
(Visited 3,036 times, 1 visits today)Benarkah Nenas Boleh Akibatkan Keguguran? Lagi Info Tentang Promosi Shaklee 2015 Yang Dinanti
10 thoughts on “Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil”
Leave a Reply
Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
Komen Terkini
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
- SHARIFAH MUHAMAD NOR on Apa Nak Buat Bila Tangan & Kaki Terasa Kebas? Vitamin Ini dapat Membantu!
- nurul nadya on Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Suntikan Dexamethasone?
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (80)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Wow!! Best Sangat!
isteri saya dahulu, pakai kasut sarung juga, mudah nak bergerak dan pakai pun selesa
Dr Fattah recently posted…Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
patut la bini suka tengok gambar kasut masa online sekarang nih..
ni ngupenya sebabnya ye..
titan recently posted…Cuti, Myvi dan TE.
sekarang macam-macam fesyen untuk ibu hamil, sama juga dengan kasut, memang stylish. jadi takde istilah bila hamil tak dapat bergaya
Mama Hantek recently posted…Pentingnya Magnesium Semasa Hamil
Akak vote for comfort dan flat shoe 😉 tak kira preggy atau tak mesti tu jadi pilihan. hehe
Akak Vitamin recently posted…Tips ‘Curi-curi’ Pam Susu di Ofis
Pemakaian kasut semasa hamil harus diperhatikan…agar senatiasa selesa dan mengelakkan dari kejadian yang tak diingini. Terima kasih mek Ila tips yanv bermanfaat bagi semua.
nila anggraini recently posted…Istimewa Menyambut 100 Tahun Vitalea
Sama-sama Nila. Bagi Mek ila kasut semasa hamil memang selesa dan boleh dipakai sepanjang masa. Ringkas tetapi tetap ada gaya!
suka tapak rata ala menari belet gitu heee..bolehkan sis 🙂 ?
suri recently posted…Trick Seksi Menawan Hati Si Dia Rajuk
Walaupun belum hamil lagi, sy tetap suka flat shoe.. sebab kerja memerlukan saya banyak bergerak. Bila selesa, kaki pun tak sakit. Begitu juga dengan ibu hamil, jika pakai flat shoe akan menyelesakan kaki ibu. Jadi, tiada la isu sakit kaki, cramp dan sebagainya..
Syira Ishak recently posted…8 TIPS MUDAH ELAK JERAWAT TUMBUH DENGAN SUBUR DAN RANUM
Ada logiknya dengan memakai kasut yang betul. Isteri saya suka guna cari kasut yang boleh pelbagai guna dan selesa digunakan..
SaniYunus recently posted…Alza Takkan Menjadi Myvi!
memang cantik dan menarik kasut nie, berapa harga nya?
cahayapurnama recently posted…Cara Buat Duit Dengan Youtube