-
5 Sebab Bayi Baru Lahir Suka Menangis dan Bagaimana Menanganinya
Selain kisah susu ibu, biasanya ibu-ibu baru juga mudah risau apabile mendengar bayi menangis. Mek ila dulu juga begitu juga. Bila bayi menangis je mula terfikir, baby sakit perutkah?
Mengapa Bayi Baru Lahir Suka Menangis?
Tangisan merupakan satu cara komunikasi utama bayi dengan kita sebagai ibu bapa. Maklumlah di usia yang sangat muda, bayi masih belum pandai berkata-kata atau menggunakan anggota badannya untuk menunjukkan sesuatu. Jadi janganlah ibu bapa bimbang sekiranya bayi menangis kerana tangisan bayi bukanlah semata-mata menunjukkan kesakitan.Bayi Lapar
Bayi akan menangis bila lapar dan inginkan susu. Ini merupakan sebab utama mengapa bayi menangis. Biasanya selepas bangun tidur bayi akan menangis minta disusukan. Bayi yang lapar akan senyap apabila mula menyusu dan kelihatan tenang selepas kenyang. Walau bagaimanapun, jika bayi masih menangis selepas disusukan, jom kita tengok penyebab yang kedua.Pampers Penuh
Bayi mungkin menangis apabila pampersnya penuh ataupun rasa tidak selesa dan sedikit geli selepas membuang air. ‘Oh, berak rupa-rupanya anak ibu ni, patutlah menangis’.Perut Kembung
Jika selepas tukar pampers pun bayi masih menangis, mari kita cek pula perutnya. Oleh sebab itulah biasanya setiap kali selepas menukar lampin, Mek ila tak lupa sapukan sedikit minyak bayi pada perut dan tapak kaki bayi agar ia rasa selesa dan tidak kembung. Selepas itu bolehlah urut lembut bahagian belakang bayi untuk membantu mengeluarkan anginnya.Bayi Tidak Suka Pada Sesuatu
Yang ini pun ye. Biasanya selepas beberapa ketika ibu-ibu akan tahu perkara-perkara yang tidak disukai oleh bayi. Macam Akmal, memang akan menangis bila dimandikan. Tabiat ini kekal sampailah sekarang. Bukan apa, mungkin bayi selesa berbalut dan rasa sejuk apabila dimandikan dalam keadaan tidak berbaju. Jadi apa lagi, proses memandikan ini perlulah dibuat seberapa segera yang boleh. Kalau tidak, memang berpanjangan tangisan bayi ini.Selain tidak suka berasa sejuk, bayi juga tidak sukakan kepanasan. Jadi mommies janganlah pakaikan bayi baju yang terlalu tebal. Seeloknya pilih baju yang nipis daripada kain cotton. Sekiranya ingin membedung bayi, pastikan juga kain bedung pun dari jenis cotton agar bayi selesa dan tidak terlalu panas.
Bayi Ingin Dimanjai
Ada bayi yang ingin dimanjai dan rasa selesa apabila dipeluk. Jadi sesekali angkatlah bayi dan letakkan di paras dada ibu. Bayi akan suka kerana itulah degupan jantung yang sering didengarnya ketika dalam kandungan dulu.Cuma jangan terlalu mendukung atau mendodoi bayi, takutnya nanti bayi sentiasa ingin dipeluk sepanjang masa. Klau ini terjadi, memang penat juga dibuatnya nanti.Ini merupakan 5 sebab utama mengapa bayi suka menangis. Sebagai bonus Mek ila kongsikan lagi 3 sebab lain yang boleh menyebabkan bayi menangis.
Bayi Inginkan Ketenangan
Si comel mungkin belum biasa dengan suasana yang agak bising atau mendapat perhatian yang lebih daripada saudara mara yang datang melawatnya. Jadi jika bayi nampak resah, rehatkanlah bayi seketika di dalam bilik yang sunyi untuk membantunya tenang dan tidur semula.Bayi Mungkin Tidak Selesa Akibat Kesakitan
Bayi mungkin kesakitan atau tidak selesa sekiranya menangis dengan suara yang nyaring. Antara kesakitan yang sering dialami bayi adalah ruam lampin. Mempunyai ruam lampin membuatkan bayi merasa sakit dan akan menangis dengan kuat apabila ruam lampinnya bergeser atau terkena lampin.Selain ruam lampin, bayi juga akan menangis apabila muntah, cirit birit atau sukar bernafas. Jika perkara ini terjadi bawalah bayi berjumpa Doktor untuk pemeriksaan seterusnya.
Bayi Memerlukan Masa Untuk Menyesuaikan Diri
Sepanjang 9 bulan berada di dalam kandungan, bayi mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia barunya. Jadi ada kemungkinan bayi akan menangis untuk meluahkan rasa takutnya tanpa sebab-sebab yang tertentu. Jadi mommy dan daddy janganlah terlalu risau ye. Pelajari a cara-cara untuk menenangkan bayi dan memujuknya untuk berhenti menangis.Bagaimana Menenangkan Bayi?
Berikan Apa Yang Bayi Perlukan. Sebagai contoh apabila bayi menangis kerana lapar, tangisannya akan reda apabila disusukan. Sekiranya bayi menangis kerana pampers penuh, bayi akan kembali senyap setelah pampers ditukarkan.
Bedungkan Bayi
Amalan membedung bayi dapat memberikan keselesaan dan membuatkan bayi rasa selamat seperti dipeluk. Penggunaan bedung modern yang banyak di pasaran ketika ini juga snagat membantu ibu-ibu baru membedung bayi mereka dengan cepat.Dodoikan Bayi
Dodoikan Bayi dengan nyanyian selawat atau apa-apa lagu yang sesuai membantu dalam memberikan ketengangan kepada bayi. Memeluk rapat bayi ke bahagian dada/jantung juga dapat menenangkan bayi.Urut Bayi
Mengurut bayi atau menggosok bahagian belakang dengan perlahan boleh membantu menenangkan bayi. Sapukan sedikit minyak bayi sekiranya perlu.dan yang terakhir;
Jangan stress
Bayi yang sering menangis boleh menyebabkan ibu tidak cukup rehat dan mengantuk. Memujuk bayi dalam keadaan ibu sendiri sedang penat atau stress biasanya tidak membuahkan hasil. Maka dapatkan bantuan daripada keluarga terdekat untuk menjaga bayi buat sementara dan berehatlah seketika.(Visited 923 times, 1 visits today)5 Tanda Bayi Kita Cukup Susu Ibu Bila Tiba-Tiba Jatuh Hati Dengan Bento
One thought on “5 Sebab Bayi Baru Lahir Suka Menangis dan Bagaimana Menanganinya”
Leave a Reply
5 Sebab Bayi Baru Lahir Suka Menangis dan Bagaimana Menanganinya
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
selalu bawa dia gi jenjalan kejap kalau dia nanges tak berhenti.
selawat sikit.
alhamdulillah..tido semula.
titan recently posted…Himpunan Tips Hartanah Abang Ensem