• 5 Tanda Bayi Kita Cukup Susu Ibu

    Salam semua šŸ™‚

    Semalam Mek ila mendapat panggilan daripada teman lama yang baru sahaja bersalin anak yang pertama. Memang nervous sebab katanya dia agak kekok menyusukan bayinya. Bayinya pula asyik melekap sepanjang masa hingga dia risau yang susunya tidak cukup untuk mengenyangkan si comel ini. Jadi Mek ila kongsikan beberapa tips kepada beliau untuk memastikan yang bahawa bayinya tadi telahpun mendapat susu ibu yang cukup.Tanda Bayi Cukup Susu Ibu

    5 Tanda Bayi Cukup Susu Ibu

    1. Payudara yang asalnya penuh dan berat menjadi ringan selepas selesainya sesi penyusuan.

    2. Tempoh bayi menyusu adalah sekurang-kurangnya sekitar 10-15 minit setiap payudara. Ada bayi yang akan mengambilĀ  masa lebih lama daripada itu di peringkat permulaan.

    3. Selepas disusukan bayi akan kelihatan tenang dan biasanya dapat tidur dengan lena untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 jam berikutnya,

    4. Bayi akan kencing/berak dan biasanya selepas 2-3 jam kita perlu menukar pampers bayi. Bayi juga akan meminta untuk disusukan lagi selepas tempoh 2-3 jam tersebut.

    5. Berat badan bayi mungkin akan menurun sedikit dalam beberapa hari pertama tetapi biasanya akan naik sedikit apabila ditimbang pada hari yang ke 10 atau sebulan nanti.

    Baby-Crying-1

    Seterusnya ketahui juga tanda-tanda yang menunjukkan bahawa bayi mungkin tidak cukup susu.

    1. Payudara tidak berasa kosong atau lembut selepas penyusuan.
    2. Tempoh menyusu bayi terlalu pendek sekitar 5 minit setiap penyusuan.
    3. Bayi meragam, nampak letih atau tidak dapat tidur lena.
    4. Bayi tidak kencing atau berak dalam tempoh yang lama.
    5. Paras bacaan kuning bayi semakin naik berbanding di awal kelahiran; dan
    6. Berat badan bayi tidak bertambah selepas 2 minggu.

    Jika ini berlaku, ibu-ibu janganlah risau. Di peringkat awal kelahiran bayi, penghasilan susu bagi sesetengah ibu mungkin kurang memberangsangkan namun ianya boleh ditingkatkan dengan beberapa cara seperti urutan selepas bersalin, menyusukan bayi dengan lebih kerap bagi menggalakkan demand and supply dan mengambil makanan-makanan semulajadi yang boleh menggalakkan penghasilan susu ibu. Ibu-Ibu juga sangat digalakkan mengambil vitamin-vitamin dalamĀ  Set Berpantang yang sahaja bukan bertujuan untuk memulihkan kembali kesihatan ibu tetapi juga dapat membantu dalam penghasilan susu yang berkhasiat untuk bayi.

    breastfeeding

    Tips Penyusuan Bayi Baru Lahir
    Sebagaimana kekoknya ibu-ibu baru menyusukan bayi, bayi juga sebenarnya begitu. Menyusu merupakan satu perkara baru kepada bayi yang selama ini mendapat makanan daripada tali pusat ibu. Menyusu juga memerlukan tenaga dan kepandaian bayi untuk melekap dengan betul. Tapi jangan risau kerana kebanyakan bayi akan mempelajari perkara ini dengan cepat.

    Dapatkan bantuan daripada Pakar Laktasi atau di klinik-klinik kesihatan yang berhampiran sekiranya ibu-ibu menghadapi masalah tentang penyusuan susu ibu. Boleh juga hubungi Mek ila melalui whatsapp: 012-8943453 untuk bantuan.

    Salam Sayang;

    (Visited 760 times, 1 visits today)

    Categories: Panduan Penyusuan

    Tags: , ,

    2 thoughts on “5 Tanda Bayi Kita Cukup Susu Ibu

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge