• Cara Mudah Minum Air Masak Yang Mencukupi di Bulan Puasa

    Bila sebut je bulan puasa, pasti ramai yang terfikir bulan puasa ni kita puasa, pasti tak boleh nak minum air masak yang banyak/ cukup seperti di bulan-bulan yang lain. Perkara ini turut merunsingkan ibu-ibu yang menyusukan anak di bulan puasa. Memang bimbang sekiranya  susu yang dihasilkan oleh badan berkurangan akibat tidak dapat minum air masak yang mencukupi.

    Drink More Water

    Minum air masak yang mencukupi  bukan sahaja penting kepada pengamal supplemen tetapi juga kepada yang tidak mengamalkan supplemen termasuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Walaupun berpuasa kita masih boleh mendapatkan bekalan air yang mencukupi dengan 4 cara mudah di bawah:-

    • Minum 2 gelas air ketika berbuka puasa.
    • Minum 2-3 gelas air sebelum tidur
    • Minum 1 gelas air sejurus selepas bangun tidur sebelum bersahur
    • Minum 2 gelas air selepas bersahur

    air masak untukkesihatan

    Selain air masak, kita juga boleh minum air jus buah-buahan dan air susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air minuman manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Paling bagus kalau kita boleh sediakan sendiri air minuman di rumah. Bukan sahaja dapat menjimatkan malah kita juga dapat mengawal kandungan gula di dalam minuman.

     

    3 Tips Dapatkan Lebih Bekalan Air Untuk Tubuh

    • Gunakan gelas/ cawan  yang bersaiz besar berbanding gelas yang lebih kecil. Secara teori otak kita akan menganggap segelas atau secawan air sama sahaja jumlahnya tanpa memikirkan saiznya. Gelas Besar Gelas Kecik
    • Tambahkan menu sup di dalam makanan berbuka atau bersahur. Secara tidak langsung ianya membantu menambahkan bekalan air yang diperlukan ke dalam tubuh. Pelbagaikan makanan bersup seperti sup sayur, sup daging, sup ikan, sup ayam dan lain-lain di dalam menu pada setiap hari. Makanan bersup bukan sahaja lazat malah sesuai dimakan oleh seisi keluarga.Sup Sayur
    • Ambil supplemen berbentuk cecair seperti ESP, Mealshake dan Performance Drink ketika bersahur manakala supplemen berbentuk pil pula diambil selepas berbuka puasa.
    performance-drink

    Performance Drink minuman kegemaran Mek ila ketika di bulan Ramadhan

    Mudah-mudahan dengan tips mudah ini, badan kita akan mendapat bekalan air yang mencukupi dan kita juga akan kekal aktif dan cergas sepanjang hari. Bagi ibu-ibu yang nenyusukan pula, InsyaAllah susu badan yang dihasilkan juga tidak berkurangan sebaliknya tetap mencukupi untuk anak-anak di setiap hari.

    (Visited 884 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Panduan Penyusuan

    Tags: ,

    4 thoughts on “Cara Mudah Minum Air Masak Yang Mencukupi di Bulan Puasa

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge